Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias memohon maaf kepada isteri dan anak-anaknya kerana kurang mempunyai masa untuk bersama dengan mereka hingga beliau terlantar sakit.
“Buat keluarga saya minta maaf, buat anak-anak ayah minta maaf sebab sangat kurang masa kita bersama. Harap anak-anak ayah faham,” luahnya menerusi status terbaru di Facebook milik beliau.
Sambil meluahkan perasaan rindu untuk kembali berjumpa dengan orang ramai seperti majlis ceramahnya sebelum ini, Mohd Kazim turut memaklumkan mengenai perkembangan terbaru kesihatannya.
“Semalam sekitar jam 1 petang saya sangat tidak selesa, penat sangat-sangat, dada pedih dan berdebar dengan kuat. Sampai saat ini saya masih tidak boleh bercakap dengan baik, tersekat dan mudah penat bila bercakap.
“Selepas kena serangan jantung di Kelantan, doktor memaklumkan tiga saluran arteri tersumbat 99 peratus, 90 peratus dan 50 peratus.
“Ada dua lagi saluran arteri yang belum diletakkan stent. Angiogram akan dibuat selepas jantung saya stabil,” katanya.
Dalam pada itu Mohd Kazim mahu agar pusat pengajian agamanya, Al Barakah tetap diteruskan sekiranya berlaku apa-apa kepadanya.
Katanya, pusat itu merupakan jiwanya dan berharap ia akan tetap diteruskan dan tidak ditutup...
No comments:
Post a Comment