Rasanya seperti berada ditahun 60an, bila masih ada perkhidmatan feri yang terpaksa diguna hingga hari ini untuk menyeberangi sungai dengan jarak tidak sampai beberapa meter. Itulah hakikat yang perlu diterima bagi masyarakat Kg. Baba dan Kg. Ansuan dengan lebih kurang 600 orang penduduk dengan jarak ke Pekan Telupid tidak lebih dari 20 km. Kampung-kampung ini yang dibuka sekitar tahun 1981 telah menggunakan jambatan kayu sebagai jalan perhubungan melalui Kg. Melapi. Selepas jambatan tersebut runtuh dan berakhirnya kerja-kerja penanaman oleh pihak Safoda pada akhir 90an maka sejak itu hubungan melalui jambatan telah terputus. Perkhidmatan feri bermula pada tahun 1996, bila sebuah syarikat masuk untuk membuka ladang kelapa sawit.Kini sudah 20 tahun masyarakat setempat sabar dengan seribu kesusahan yang mereka lalui terutama bila air sungai naik dan perkhidmatan feri dihentikan. Keluhan rakyat perlu didengar jangan biar rakyat terus menunggu 10 atau 20 tahun lagi hanya untuk sebuah jambatan.
Monday, December 19, 2016
Tuesday, October 11, 2016
Pemandu dan Bas sekolah yang uzur…
Sudah tiba masanya pihak berkuasa perlu memperketatkan
peraturan dan memantau para pemandu bas sekolah di seluruh Sabah terutama bagi
pemandu dan bas sekolah yang sudah uzur bagi memastikan keselamatan murid
sentiasa terjamin.
Sesetengah pemandu dilihat sudah terlalu tua dan mungkin
tidak lagi mempunyai penglihatan, kesihatan, tenaga dan refleksi yang baik, dan
ini boleh membahayakan penumpang yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah
khasnya di kawasan yang sibuk.
Kenapa kita perlu mempertaruhkan nyawa pelajar sekolah
dengan menggenepikan kemampuan pemandu dan keuzuran bas sekolah itu sendiri. Jangan
tunggu “terhantuk baru nak terngada”, selepas musibah menimpa baru keluar teori,
akta, undang-undang dan pelbagai. Masa tu “nasi sudah menjadi bubur”, yang
pergi tidakkan kembali lagi. Seandainya masa tu kita sentiasa beringat bahawa,
jika pemandu dan bas sekolah yang uzur itu ada bahagian yang “tidak berfungsi”
secara tiba-tiba pada kelajuan kenderaan 100km sejam. Apalah nasib yang menimpa
pelajar-pelajar yang berada dalam bas tersebut.
Sunday, September 18, 2016
Berniaga bukan sebab nak kaya, tetapi sebab tarbiyyah tentang kehidupan......
“ Belon! Belon!! 2 ringgit! 2 ringgit!! “ ayat inilah yang akan kita dengar
setiap malam di Pasar Malam Kim Fung Sandakan yang dilaungkan oleh adik kecil
yang berjiwa usahawan dan bersemangat waja dalam berdikari…TAHNIAH!!
Berniaga bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu
tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.
Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Orang yg berniaga ini
tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki
dalam bentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha.
Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa kita
dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling
banyak dalam jiwa orang yang berniaga.
Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam
perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan
mengajar manusia.
Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal. Sekiranya berniaga untuk
kaya, maka itu adalah kesilapan pertama.Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat
pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.
Sebaik baik umat nabi saw adalah yang memberi
manfaat pada mukmin yang lain.
Monday, August 29, 2016
Meredah sungai sambil mengusung jenazah di kampung Letingi, Kota Belud......
Masyarakat marhaen dari kampung Letingi, Kota Belud
yang terpaksa meredah sungai sambil mengusung jenazah. Bukan tiada jambatan,
tapi jambatan yang ada hanya sebuah jambatan gantung yang sudah uzur dan usang.
Masyarakat kampung bimbang jika mereka gunakan jambatan gantung yang sedia ada itu
bakal mengundang berlaku perkara buruk yang tidak diingini. Oleh itu mereka
tiada pilihan selain dari turun dan meredah sungai untuk membawa jenazah ke
tanah perkuburan terdekat. Semoga mereka mendapat pembelaan untuk terus
bersyukur atas nikmat kemerdekaan.
Jambatan gantung yang ada...
Wednesday, August 24, 2016
Bekalan gula di Sandakan terjejas sejak dua minggu lalu.....
Bekalan gula di Sandakan mula terjejas sejak dua minggu yang lalu,
minggu ini di dapati gula habis di pasaran terutama di kedai-kedai borong utama
dan kedai runcit dipusat bandar. Pengguna dan peniaga menggeluh dengan situasi
ini, mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan gula untuk keperluan
harian dan untuk perniagaan.
Seorang peniaga restoran berkata untuk minggu lalu
dia masih boleh dapatkan bekalan gula dalam lima kilo sehari untuk kegunaan
perniagaan restorannya. Tapi kali ini tiada langsung gula diperolehi dan beliau
sendiri tidak tahu dimana hendak dapatkan bekalan gula. Menurut cerita pekerja
restoran berkenaan, mereka ada nampak beberapa peniaga yang cuba untuk menyorok
gula daripada dijual kepada orang ramai. Mungkin untuk tujuan menaikkan harga
gula dipasaran terutama bila sambutan hari raya aidiladha dah semakin dekat.
Kita
berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK
dapat memantau perkara ini dan berharap ianya tidak berlarutan serta memastikan
tiada kegiatan menyorok bekalan ini dilakukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)