Inilah watak seorang Datuk untuk rakyat Melaka
'Datuk' Shah Rukh Khan?
MTB sangat tidak faham akan situasi ini, penganugerahan gelaran Datuk untuk orang semacam ini. Ramai rakyat Malaysia yang marah dan ramai mereka yang layak kecewa dan kecil hati kerana menganugerahkan Datuk kepada bangsa yang tak tahu dimana letaknya bumi Melaka itu sendiri. MTB menyifatkan artis Bollywood tersebut, menghina rakyat Malaysia kerana tidak hadir menerima anugerah Datuk dari kerajaan Melaka, tetapi persoalan berbangkit siapakah yang menghina siapa? Sebenarnya kita sendiri yang menghina bangsa kita dan meletakkan nilai bangsa pada paras yang paling bawah. Bolehlah diandaikan bahawa artis Bollywood tersebut tiada mood datang ke Melaka dan menerima anugerah tersebut. Sebab apalah makna 'Datuk' tersebut pada dia, dan MTB berharap pingat tersebut tidak pula dikirim menggunakan pos laju. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Adakah ia setakat menghiburkan rakyat dengan lagu Kuch Kuch Hota Hai? Harap pada suatu masa tidak pula Inul (Ratu Gelek Gerudi Indonesia) dijemput ke Malaysia untuk menerima anugerah yang sama.
No comments:
Post a Comment