Saturday, October 18, 2008

Bantahan Berterusan "Datuk Shah Rukh Khan"


Bantahan Berterusan "Datuk Shah Rukh Khan"


Ramai pihak terus menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemberian anugerah kepada Shah Rukh Khan baru-baru ini. Bantahan khususnya dari pengiat-pengiat seni tempatan harus dilihat secara positif dan perlu ditangani serta diberi penjelasan secara bijak. Sebaliknya perkara ini tidak wajar dibiar berlarutan tanpa sebarang campurtangan mereka yang bertanggungjawab, khususnya kepada pemberi anugerah tersebut. Bukan sahaja para pengiat seni sahaja yang rasa terkilan malah mereka yang tidak berkepentingan dalam industri seni pun terasa ketidakwajarannya. Bolehlah dikatakan seperti ibu bapa yang memberi pujian serta sanjungan kepada orang lain berbanding anak sendiri. Sedangkan anak tersebutlah yang bakal menjadi harapan unuk menjaga dan meneruskan nilai warisan keluarga. Walaupun penganugerahan tersebut menjadi hak kepada negeri Melaka, tetapi selagi Melaka berada di Malaysia maka rakyat Malaysia berhak untuk mengatakan sesuatu. Hingga kini mungkin Shah Rukh Khan tak kenal lagi siapa Ketua Menteri Melaka.

No comments: