Ruang yang sangat sempit tetapi masih menerima ahli baru.
Perkuburan yang tanpa arah
Sangat sempit dan terpaksa lalu dan pijak pada sebuah kuburan lain.
Tanah Perkuburan Tidak Terurus
Tanah perkuburan ini terletak di jalan Aman Sandakan dan ianya wujud berpuluh-puluh tahun dahulu tanpa nama. MTB melihat tanah perkuburan ini tidak diurus dengan sempurna dan mungkin tiada jawatankuasa khas yang mengendalikannya. Tanah perkuburan ini sangat sempit tetapi masih menerima ahli baru untuk dikebumikan. Berdasarkan maklumat yang diterima semua proses pengkebumian akan diurus dan ditentukan atas budi bicara si penggali kubur. Pewaris hanya tahu dan akur bahawa mayat telah selamat dikebumikan, tanpa perlu persoalkan susun atur kubur tersebut. Kesannya tanah perkuburan ini menjadi satu tempat yang sangat menyedihkan. MTB dan masyarakat setempat berharap pihak-pihak bertangguingjawab perlu mengambil langkah tertentu untuk memastikan bahawa tanah perkuburan tersebut kekal menjadi tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh pewaris-pewaris.