M’sia bersedia hadapi tuntutan terhadap Sabah
29th May, 2008
KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menghadapi kemungkinan tuntutan terhadap Sabah kembali dibangkitkan atau dikemukakan secara nota diplomatik oleh Filipina, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata semua dokumen lengkap yang mengesahkan Sabah diwujudkan atas referendum kehendak rakyat menurut Suruhanjaya Cobbolt pada April 1962 dan resolusi antarabangsa yang dikuatkuasakan mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah siap.
“Setakat ini tuntutan Filipina itu hanya dalam bentuk yang dipolitikkan oleh satu kumpulan kecil maka Malaysia tidak boleh menganggapnya sebagai tindakan rasmi negara berkenaan.
“Dalam hubungan dua hala, kita tidak boleh anggap ia pernyataan rasmi selagi kerajaan Filipina tidak menyatakan apa-apa yang selaras dengan sebutan anak mendiang (bekas Presiden Filipina Ferdinand) Marcos, kita tak perlu buat apa-apa tapi jika mereka nyatakan secara nota diplomatik maka pada masa itu kita kena bertindak,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008 peringkat jawatankuasa persidangan Dewan Rakyat kelmarin.
Rais berkata dalam beberapa pertemuan dengan Presiden dan Menteri Luar Filipina baru-baru ini tiada sebarang perkara berkaitan tuntutan terhadap Sabah dibincangkan sebaliknya lebih menjurus kepada perkara lain.
Namun kementerian memandang berat pandangan semua pihak supaya Malaysia bersiap-sedia dan lebih berhati-hati memandangkan ia kerap kali terkena akibat beberapa kekurangan dalam menghadapi perjuangan di peringkat antarabangsa, katanya.
Satu persatu hak Malaysia dituntut dan mungkinkan satu persatu bakal dilepaskan hak dan kedaulatan tersebut.Mencapai kemerdekaan sejak 50 tahun lalu tapi sempadan negara pun masih tak jelas, masih boleh dituntut oleh mana-mana negara. Walaupun kesah ICJ dianggap situasi "menang menang", harap Sabah tidak menerima nasib malang seperti itu. Merdeka 50 tahun yang lalu tapi masih ada negari didalam negara yang merdeka hendak dituntut oleh sebuah negara asing.........Kenapa tidak diselesaikan sehingga ke titik terakhir penyelesaian. Sebab yang jelas kita tiada pengalaman berjuang mendapatkan kemerdekaan hingga ke titisan darah terakhir.........M E R D E K A!!! tetapi secara mudah dan bersyarat walaupun untuk bumi sendiri.
No comments:
Post a Comment