Thursday, May 29, 2008

Istimewakah Ezam?




Ezam sertai semula Umno
Muda Mohd Noor May 28, 08 11:54am


Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno hari ini.
Beliau yang juga bekas setiausaha politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menyerahkan borang keahlian tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen.
Ezam menyerahkan borang itu ketika Abdullah mengadakan sidang media untuk mengumumkan kemasukan semula Ezam ke dalam Umno. Ezam menemui presiden Umno itu selama kira-kira 30 minit, mulai jam 3.30 petang tadi.Ezam hadir sama dalam sidang akhbar tersebut tetapi tidak membuat sebarang kenyataan. Beliau akan mengadakan sidang akhbar pagi esok.Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah bekas setiausaha AMK, SD Johari Md Yassin; bekas exco AMK, Abdul Ghani Haron dan bekas setiausaha AMK Selangor, Nazmi Salleh.Tanpa syaratMenurut Abdullah, Ezam menyertai semula Umno tanpa sebarang syarat atau keistimewaan.Sebelum ini, Ezam dilaporkan akan dilantik sebagai senator dan menerajui sebuah syarikat berkaitan kerajaan selepas menyertai semula Umno.Abdullah berkata, Ezam mahu kembali semula kepada Umno dan parti itu mengalu-alukannya."Bila nak masuk saya terimalah. Boleh terima dah, tak ada syarat apa-apa."Dulu dia di luar dan kritikal terhadap parti. Kini sudah ubah fikiran, mungkin kerana merasa Umno adalah landasan lebih baik untuknya."Mungkin dia insaf, Umno lebih baik untuk dia," tambah perdana menteri.Presiden Umno itu berkata, borang penyertaan keahlian Ezam akan diserahkan di cawangan yang beliau mahu sertai.Perdana menteri berkata, tiada sebarang jawatan yang akan ditawarkan kepada Ezam "dan Ezam sendiri pun tidak meminta jawatan".Rebut jawatan"Umno adalah sebuah parti politik, bukan sebuah syarikat," kata Abdullah tanpa mengulas lanjut.Presiden Umno juga berkata, Pemuda Umno tidak menentang kemasukan Ezam ke dalam Umno.Ketika ditanya mengenai kemasukan ahli-ahli Parti Keadilan (PKR) lain ke dalam Umno, Abdullah berkata,"kita tengoklah."Abdullah juga ditanya sama ada Ezam boleh bertanding merebut jawatan dalam pemilihan Umno Disember ini."(Untuk) Ezam bertanding, kena tengok perlembagaan parti (Umno) dahulu," katanya.Dalam perkembangan lain, perdana menteri menjelaskan kerajaan belum membuat apa-apa keputusan berhubung tuntutan royalti minyak Terengganu.Isu royalti PetronasMenteri besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilaporkan menuntut kerajaan pusat mengembalikan semula wang royalti Petronas untuk diuruskan oleh kerajaan negeri itu.Kerajaan membatalkan wang royalti dan menukarkan kepada wang ehsan apabila negeri itu jatuh ke tangan PAS dalam pilihanraya umum 1999.Abdullah juga ditanya mengenai kenyataan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman meminta perdana menteri menilai semula pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang menteri.Tajuddin mendakwa Zaid telah menyerang secara terbuka ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di luar Dewan Rakyat, yang dianggapnya penentang kerajaan.Mengulas perkara itu, Abdullah berkata: "Kita ahli dan wakil rakyat Umno, kadang-kadang buat teguran terhadap parti kerana inilah amalan kita dan bukan salahpun membuat teguran."Tetapi kalau salah, kita peringat dia. Kalau setakat dia kata dasar kurang kemas, tidak perlu ambil tindakanlah."

Istimewakah Ezam? Sehingga mendapat liputan secara langsung oleh TV3 dalam Buletin,kerana ada rakyat yang sangat menyampah melihat situasi ini.Hari ini ramai UMNO saling datang dan pergi,datang dipalu pergi tak diratap.Umno perlu lihat ini sebagai ada yang tak kena dalam UMNO dan sangat dibimbang umpama sesuatu malapetaka akan berlaku dihadapan sana.Mungkinkah kita kini sedang menuju kejalan tersebut atau kejalan pemulihan.Berhati-hatilah sebab semua ahli UMNO lama atau baru dan yang terbaru,sukar untuk diramal. Sebab rambut manusia sama hitam, sesiapa pun boleh berkata-kata dimulut,namun beribu liku di dalam hati.......Semoga UMNO kekal perkasa.

No comments: