Friday, May 30, 2008

Dulu Kutuk UMNO Sekarang Tak Lagi.......




Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Ezam Mohd Noor berkata beliau mempunyai fakta kukuh untuk mengheret bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ke mahkamah atas dakwaan penyalahgunaan kuasa semasa memerintah.
Dalam satu laporan balai polis di Balai Polis Dang Wangi (Campbell) dekat sini hari ini Ezam berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk bekerjasama dengan pihak polis dalam memberi maklumat berhubung penyelewengan dua pemimpin negara itu dan anak-anaknya."Laporan kami beserta 17 helai maklumat bersumberkan laporan dari agensi kerajaan, surat dari kementerian Kewangan serta sumber lain."Kami ada alasan kukuh untuk mempercayai kedua-dua pemimpin ini telah melakukan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa untuk menganugerahkan projek-projek kerajaan bernilai ratusan juta ringgit kepada ahli keluarga terdekat," kata Ezam ketika mengadakan sidang medianya selepas menyerahkan laporan kepada polis.
Turut serta dalam laporan itu ialah, Koordinator Gerak, Badrul Hisham Shaharin; bekas tahanan ISA, Abdul Ghani Haroon dan Exco Angkatan Muda KeADILan, Faisal Mustaffa serta Zarerah Hanim Mat Zaki.Menurutnya, laporan polis itu akan dirujuk kepada Balai Polis Kelana Jaya dan beliau dijadualkan bertemu dengan ASP Shim di balai polis tersebut esok untuk keterangan lajut."Saya beri 30 hari tempoh kepada pihak polis untuk menyiasat laporan itu,dan jika polis enggan beliau akan menghadapkan kes itu kepada pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR)," katanya.Menurut Ezam, pihaknya percaya siasatan yang menyeluruh perlu diadakan memandangkan masa pemerintahan kedua-dua pemimpin tersebut selama 25 tahun memungkinkan banyak penyelewengan berlaku tetap tidak didedahkan.

Sejak kebelakangan ini sedikit demi sedikit penyelewengan kedua-dua mereka didedahkan, dan ironinya oleh kedua-dua pemimpin ini sendiri, kata Ezam."Mahathir menyatakan bahawa Abdullah memberikan projek kepada anaknya,manakala dibalas Abdullah bahawa Mahathir juga memberikan projek kepada ahli keluarga sendiri,"katanya.Gerak ingin menarik perhatian rakyat Malaysia berhubung persoalan kekayaan anak lelaki Abdullah iaitu Kamaluddin yang memperolehi laba besar dalam tempoh singkat, katanya."Kekayaan yang dimiliki Kamaluddin amat pantas berbanding Mukriz di mana selama tiga tahun Abdullah memerintah Kamaluddin telah mengumpul kekayaan yang berlipat kali ganda dari tempoh yang sama berbanding Mukriz," katanya lagi.
Golongan yang sangat berusaha untuk menilai dan mencari keburukan orang lain, akhirnya golongan tersebut tidak dapat serta tidak mampu melihat keburukan diri sendiri. Terlalu kerap menunding jari kepada kesalahan seseorang,sehingga merasa diri itu penuh dengan kebenaran.

Thursday, May 29, 2008

Ezam Tak Lompat?





Dulu semasa dalam UMNO pasti kita akan mengata-ngata tentang kumpulan pembangkang sebagai lawan kita. Bila kita keluar UMNO dan menyertai kumpulan pembangkang yang kita kata-katakan dulu itu, pastinya kita pula akan mengata-ngata tentang kekurangan dan keburukan UMNO. Namun akhirnya kita kembali semula kepada UMNO yang dulu juga kita kata-kata tentang hinanya, kini kita kata-kata pula dan semula kumpulan pembangkang......Dan semalam (29.05.08) juga di Buletin TV3 yang sangat seronok akan kehadiran Ezam ni, kita kata-kata lagi tentang perjuangan bangsa, rasuah, kepimpinan dan bla,bla,bla.....kita juga kata tentang cerita melompat parti, tepuk dada tanya diri sendiri. Adakah kita pejuang tulin dengan satu arah tujuan dan tidak melompat parti!!....seperti kata Hissam, Ezam perlu bermula dari bawah.

Tuntutan Terhadap Sabah.



M’sia bersedia hadapi tuntutan terhadap Sabah
29th May, 2008

KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menghadapi kemungkinan tuntutan terhadap Sabah kembali dibangkitkan atau dikemukakan secara nota diplomatik oleh Filipina, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata semua dokumen lengkap yang mengesahkan Sabah diwujudkan atas referendum kehendak rakyat menurut Suruhanjaya Cobbolt pada April 1962 dan resolusi antarabangsa yang dikuatkuasakan mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah siap.
“Setakat ini tuntutan Filipina itu hanya dalam bentuk yang dipolitikkan oleh satu kumpulan kecil maka Malaysia tidak boleh menganggapnya sebagai tindakan rasmi negara berkenaan.
“Dalam hubungan dua hala, kita tidak boleh anggap ia pernyataan rasmi selagi kerajaan Filipina tidak menyatakan apa-apa yang selaras dengan sebutan anak mendiang (bekas Presiden Filipina Ferdinand) Marcos, kita tak perlu buat apa-apa tapi jika mereka nyatakan secara nota diplomatik maka pada masa itu kita kena bertindak,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008 peringkat jawatankuasa persidangan Dewan Rakyat kelmarin.
Rais berkata dalam beberapa pertemuan dengan Presiden dan Menteri Luar Filipina baru-baru ini tiada sebarang perkara berkaitan tuntutan terhadap Sabah dibincangkan sebaliknya lebih menjurus kepada perkara lain.
Namun kementerian memandang berat pandangan semua pihak supaya Malaysia bersiap-sedia dan lebih berhati-hati memandangkan ia kerap kali terkena akibat beberapa kekurangan dalam menghadapi perjuangan di peringkat antarabangsa, katanya.
Satu persatu hak Malaysia dituntut dan mungkinkan satu persatu bakal dilepaskan hak dan kedaulatan tersebut.Mencapai kemerdekaan sejak 50 tahun lalu tapi sempadan negara pun masih tak jelas, masih boleh dituntut oleh mana-mana negara. Walaupun kesah ICJ dianggap situasi "menang menang", harap Sabah tidak menerima nasib malang seperti itu. Merdeka 50 tahun yang lalu tapi masih ada negari didalam negara yang merdeka hendak dituntut oleh sebuah negara asing.........Kenapa tidak diselesaikan sehingga ke titik terakhir penyelesaian. Sebab yang jelas kita tiada pengalaman berjuang mendapatkan kemerdekaan hingga ke titisan darah terakhir.........M E R D E K A!!! tetapi secara mudah dan bersyarat walaupun untuk bumi sendiri.

Dr. M: Strategi Pakatan Sokong PM


Dr M: Strategi Pakatan sokong PM
May 28, 08 9:34am






Masa untuk memulih semula Umno dan Barisan Nasional (BN) akan jadi terlalu singkat sebelum pilihanraya umum akan datang, jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meletakkan jawatan sekarang, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad."(Ia kerana) pemimpin yang disokong oleh parti lawan bukan pemimpin sebenarnya. Pemimpin yang disokong oleh parti lawan akan memusnahkan kita," tulis Dr M dalam blognya yang bertajuk ‘Pemimpin Pemusnah'.."Inilah yang kita sedang lihat berkenaan dengan presiden Umno sekarang. Secara langsung dan tidak langsung, kita lihat ketua-ketua parti lawan menyokong pengekalan Datuk Seri Abdullah sebagai ketua atau presiden Umno dan perdana menteri."Demikian (dengan pengerusi DAP) Karpal Singh, musuh ketat Umno menasihatkan saya supaya bersara dan tidak campurtangan dalam urusan kepimpinan Datuk Seri Abdullah," tulis Dr Mahathir.Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, tulis Dr Mahathir, telah menyata secara terbuka kepada The Straits Times Singapura, jika Abdullah terus memimpin, ia adalah baik bagi parti lawan kerana beliau lemah.Pemimpin-pemimpin PAS juga, secara peribadi membuat kenyataan yang sama, tambahnya.Strategi parti lawan"Mungkin ini adalah strategi parti lawan untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdullah," tulisnya.Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN memenangi 140 kerusi parlimen tetapi gagal mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Di peringkat negeri pula, BN kalah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.Umno sendiri kehilangan kira-kira 30 kerusi Parlimen.Walaupun demikian, tulis Dr Mahathir, pemimpin parti-parti lawan ini tidak pernah betul-betul menyerang Abdullah sejak beliau mengambil alih teraju BN dan Umno pada 2003 hingga 2008 sepertimana mereka mengecam dan mencerca pemimpin Perikatan, BN dan Umno sepanjang masa dahulu."Kenapa? Kemungkinan besar mereka sedar bagaimana ahli dan penyokong setia BN telah hilang kepercayaan dan benci kepada Datuk Seri Abdullah. Mungkin mereka berharap kebencian ini akan berterusan dan mengurangkan sokongan mereka kepada BN,"Ini sahaja boleh memberi kemenangan kepada parti lawan di kawasan-kawasan tertentu dalam pilihanraya Umum ke-13. Mungkin juga terlintas di hati mereka bahawa penyokong BN dan ahli parti BN akan kekal dengan pendirian mereka dan mengundi parti lawan," tegas Dr Mahathir lagi.Katanya, jika kepimpinan Abdullah diteruskan, sokongan kepada BN akan terus merosot lagi sehingga kalah di peringkat pusat.Penyokong berpaling tadah"Kemungkinan ini menjadi lebih besar jika parti-parti pembangkang dapat dirikan pemerintahan yang baik di negeri-negeri di mana mereka berkuasa. Penyokong BN yang berpaling tadah mungkin akan kekal dengan pendirian mereka kerana ini."Dengan itu tak mungkin lagi Barisan Nasional menawan semula negeri-negeri yang telah ditawan oleh parti lawan."Dan yang buruk sekali ialah kemungkinan BN kalah di peringkat pusat. Apabila hilang kuasa diperingkat pusat, kehilangan kuasa ke atas kewangan negara, ke atas dasar-dasar negara, pentadbiran negara dan lain-lain kekuatan yang datang bersama dengan pemerintahan peringkat pusat, BN dan Umno tidak mungkin lagi memperolehi kuasa di negara tercinta ini."Inilah musibah yang dijanjikan oleh pengekalan kepimpinan Datuk Seri Abdullah. Segala keistimewaan Bumiputera dan Melayu akan terancam dan mungkin hilang terus, walau apa pun janji oleh pihak lain," katanya.Menurut Dr Mahathir lagi, mereka yang hari ini mempertahankan pemerintahan Abdullah harus fikir dengan mendalam."Mungkin mereka akan perolehi nikmat untuk diri sendiri untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri; untuk dapat kontrak atau jawatan tertentu dalam parti di waktu ini."Tetapi apabila kuasa sudah tidak ada pada BN nikmat tidak akan diperolehi lagi. Lebih dari itu anak cucu pun tidak akan mendapat nikmat lagi. Ingatlah keuntungan hari ini boleh membawa kecelakaan pada hari kemudian," katanya.

Istimewakah Ezam?




Ezam sertai semula Umno
Muda Mohd Noor May 28, 08 11:54am


Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno hari ini.
Beliau yang juga bekas setiausaha politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menyerahkan borang keahlian tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen.
Ezam menyerahkan borang itu ketika Abdullah mengadakan sidang media untuk mengumumkan kemasukan semula Ezam ke dalam Umno. Ezam menemui presiden Umno itu selama kira-kira 30 minit, mulai jam 3.30 petang tadi.Ezam hadir sama dalam sidang akhbar tersebut tetapi tidak membuat sebarang kenyataan. Beliau akan mengadakan sidang akhbar pagi esok.Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah bekas setiausaha AMK, SD Johari Md Yassin; bekas exco AMK, Abdul Ghani Haron dan bekas setiausaha AMK Selangor, Nazmi Salleh.Tanpa syaratMenurut Abdullah, Ezam menyertai semula Umno tanpa sebarang syarat atau keistimewaan.Sebelum ini, Ezam dilaporkan akan dilantik sebagai senator dan menerajui sebuah syarikat berkaitan kerajaan selepas menyertai semula Umno.Abdullah berkata, Ezam mahu kembali semula kepada Umno dan parti itu mengalu-alukannya."Bila nak masuk saya terimalah. Boleh terima dah, tak ada syarat apa-apa."Dulu dia di luar dan kritikal terhadap parti. Kini sudah ubah fikiran, mungkin kerana merasa Umno adalah landasan lebih baik untuknya."Mungkin dia insaf, Umno lebih baik untuk dia," tambah perdana menteri.Presiden Umno itu berkata, borang penyertaan keahlian Ezam akan diserahkan di cawangan yang beliau mahu sertai.Perdana menteri berkata, tiada sebarang jawatan yang akan ditawarkan kepada Ezam "dan Ezam sendiri pun tidak meminta jawatan".Rebut jawatan"Umno adalah sebuah parti politik, bukan sebuah syarikat," kata Abdullah tanpa mengulas lanjut.Presiden Umno juga berkata, Pemuda Umno tidak menentang kemasukan Ezam ke dalam Umno.Ketika ditanya mengenai kemasukan ahli-ahli Parti Keadilan (PKR) lain ke dalam Umno, Abdullah berkata,"kita tengoklah."Abdullah juga ditanya sama ada Ezam boleh bertanding merebut jawatan dalam pemilihan Umno Disember ini."(Untuk) Ezam bertanding, kena tengok perlembagaan parti (Umno) dahulu," katanya.Dalam perkembangan lain, perdana menteri menjelaskan kerajaan belum membuat apa-apa keputusan berhubung tuntutan royalti minyak Terengganu.Isu royalti PetronasMenteri besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilaporkan menuntut kerajaan pusat mengembalikan semula wang royalti Petronas untuk diuruskan oleh kerajaan negeri itu.Kerajaan membatalkan wang royalti dan menukarkan kepada wang ehsan apabila negeri itu jatuh ke tangan PAS dalam pilihanraya umum 1999.Abdullah juga ditanya mengenai kenyataan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman meminta perdana menteri menilai semula pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang menteri.Tajuddin mendakwa Zaid telah menyerang secara terbuka ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di luar Dewan Rakyat, yang dianggapnya penentang kerajaan.Mengulas perkara itu, Abdullah berkata: "Kita ahli dan wakil rakyat Umno, kadang-kadang buat teguran terhadap parti kerana inilah amalan kita dan bukan salahpun membuat teguran."Tetapi kalau salah, kita peringat dia. Kalau setakat dia kata dasar kurang kemas, tidak perlu ambil tindakanlah."

Istimewakah Ezam? Sehingga mendapat liputan secara langsung oleh TV3 dalam Buletin,kerana ada rakyat yang sangat menyampah melihat situasi ini.Hari ini ramai UMNO saling datang dan pergi,datang dipalu pergi tak diratap.Umno perlu lihat ini sebagai ada yang tak kena dalam UMNO dan sangat dibimbang umpama sesuatu malapetaka akan berlaku dihadapan sana.Mungkinkah kita kini sedang menuju kejalan tersebut atau kejalan pemulihan.Berhati-hatilah sebab semua ahli UMNO lama atau baru dan yang terbaru,sukar untuk diramal. Sebab rambut manusia sama hitam, sesiapa pun boleh berkata-kata dimulut,namun beribu liku di dalam hati.......Semoga UMNO kekal perkasa.

Wednesday, May 28, 2008

Mana Nilai Agama Kita?







Sedih dan sangat memalukan,apalah nilai agama kita pada pandangan mereka. Tidak wajar sebagai wanita islam dewasa,masih tidak dapat menilai baik atau buruk apa yang kita lakukan....Inilah kesempatan yang digunakan oleh musuh-musuh islam...

Tuesday, May 27, 2008

UMNO Pupus Jika Abdullah Kekal


Sanusi: Umno 'pupus' jika Abdullah kekal
May 26, 08 11:30am



Bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid meramalkan Umno akan mengalami "kepupusan" pada pilihanraya umum akan datang jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus memimpin parti itu. Sanusi, yang keluar Umno bersama Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas, berkata kebimbangan itulah yang menyebabkan bekas presiden Umno itu meninggalkan parti. "Tun Mahatir tidak mahu lihat Umno ini hapus. "Kalau macam sekarang, habis pilihanraya kita tengok macam mana pelantikan menterinya, kita lihat bahasa-bahasa yang digunakan dan komentar-komentar mereka. "Jika ia berlanjutan, pada tahun 2013, Umno akan pupus," katanya, seperti laporan Harakahdaily.net hari ini. Mengulas sebab beliau mengisyhtiharkan keluar parti, Sanusi berkata, tiada faedahnya terus kekal dalam Umno jika tidak menampakkan sebarang perubahan memulihkan kemerosotan Umno sejak pilihanraya umum lalu. "Kalau dia (Mahathir) tunggu dalam Umno dan tunggu sehingga 2013, maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno," Sanusi dipetik sebagai berkata. Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih tugas perdana menteri berbanding Abdullah kerana ahli parlimen Gua Musang masih belum ada kepentingan keluarga dan peribadi.

Selangor Haramkan Islam Hadhari


Hassan: S'gor haramkan Islam hadhari
May 26, 08 6:44pm

Kerajaan Selangor telah mengarahkan pengharaman sebarang program untuk menyebarkan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.Pengerusi jawatankuasa hal ehwal agama negeri Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, semua masjid dan surau diarah tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep Islam yang diperkenal sejak empat tahun lalu, lapor laman web Utusan Malaysia."Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup. "Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," beliau dipetik sebagai berkata pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Batalkan JK Bersama Malaysia-Singapura


Batalkan JK bersama M'sia-S'pura

May 26, 08 2:16pm



Parti Rakyat Malaysia (PRM) menggesa kerajaan Malaysia membatalkan niat membentuk jawatankuasa bersama dengan Singapura dalam projek Iskandar Malaysia susulan jatuhnya Pulau Batu Putih ke tangan negara jiran itu minggu lepas.Presidennya Hassan Abdul Karim berkata tidak ada rasionalnya republik itu terlibat dalam pembangunan Malaysia dan tidak mahu kejadian yang sama "berulang seperti yang terjadi pada Pulau Batu Putih"."Pengajaran yang perlu diambil kini ialah kerajaan Malaysia perlu membatalkan niat untuk membentuk jawatankuasa bersama peringkat menteri-menteri antara Malaysia dengan Singapura dalam projek Iskandar Malaysia," katanya.Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan penubuhan jawatankuasa bersama itu dalam pertemuan tidak rasmi dengan perdana menteri Singapura di Langkawi tahun lepas. Susulan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Jumaat lepas, PRM juga mendesak kerajaan mengambil alih kuasa mentadbir rumah api di Pulau Pisang di perairan Selat Melaka dalam daerah Pontian, Johor.Sementara itu, peguam terkenal Karpal Singh menyifatkan tindakan Malaysia merujuk kes Pulau Batu Puteh ke ICJ tanpa dokumen kukuh sebagai "bodoh sombong"."Bodoh sombong bagi Malaysia mengemukakan kesnya di ICJ tanpa surat penting ini," kata pengerusi DAP, mengulas kenyataan duta besar Tan Sri Abdul Kadir Mohamad yang mengakui kegagalannya mengesan sepucuk surat tentang kedaulatan pulau itu yang terletak di luar pantai tenggara Johor.Malaysia gagal mendapatkan naskhah surat permohonan gabenor British, waktu itu yang berpangkalan di Butterworth, untuk membina rumah api Horsburgh di pulau itu kepada Temenggong Johor walaupun naskhah jawapan Sultan Johor pada 1884 dalam simpanan negara."(Pasukan) Malaysia harus menyalahkan diri sendiri atas sikap tidak cekap menyediakan kes ini di depan ICJ," katanya."Tanpa dokumen ini, tiada sebab ICJ akan menganugerahkan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Malaysia."
Kita selalu terlambat untuk menjadikan sesuatu itu sebagai pengajaran, masih nak bekerjasama dengan bangsa yang selalu diragui kejujurannya.Sanggupkah kita melihat anak cucu kita berputih mata bila Wilayah Iskandar pula bakal dituntut untuk dimiliki oleh bangsa lain, atas kesilapan kita hari ini............Hanya semudah ABC Singapura memiliki Pulau Batu Putih,tapi apa kita kata ialah situasi "menang-menang".Apa yang kita lakukan dalam keadaan sekarang, hanya angguk-angguk geleng-geleng.

Bimbang P. Pisang Sama Nasib Dengan P. Batu Putih



Bimbang P. Pisang jadi Batu Puteh

Jimadie Shah Othman May 26, 08 3:34pm

Malaysia digesa menyegerakan rundingan bagi memastikan sebuah lagi pulau di luar pantai Pontian tidak akan mengalami nasib seperti Batu Putih yang kini jatuh hak miliknya ke tangan Singapura.Pemuda PAS Johor membuat gesaan demikian sebagai menyokong cadangan ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan hari ini agar Malaysia mengambil alih pengurusan rumah api di Pulau Pisang (foto kiri).Ahmad berkata saranannya itu penting kerana pulau itu "mempunyai persamaan dari segi sejarah" dengan pulau di luar Pangerang itu yang gagal dipertahankan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) minggu lepas.Ketua Pemuda PAS negeri Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata maklumat yang dikumpul pergerakan itu menunjukkan bahawa "masa depan Pulau Pisang lebih berpihak kepada Singapura"."(Malaysia perlu segera) memastikan perbincangan dua hala dengan Singapura seterusnya mengambil alih kawalan rumah api di Pulau Pisang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Seperti cadangan ahli parlimen Umno itu, Pemuda PAS negeri juga mendesak Malaysia supaya menyegerakan aktiviti pembangunan dan kawal selia pulau itu secara menyeluruh.Rumah api tersebut dipunyai oleh Singapura dan negara itu mempunyai hak mengendalikannya selagi ia masih berada di sana, kata Khairul. Menurutnya, maklumat ini bersumberkan laman web kendalian University of North Carolina dan Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA)."Jabatan laut Semenanjung Malaysia tidak menyenaraikan rumah api di Pulau Pisang sebagai salah satu daripada 14 rumah api yang dikawal selia oleh Malaysia," katanya.

Sunday, May 25, 2008

Malaysia Sentiasa Kalah Dengan Singapura

Kalau dikaji dari segi jarak kedudukan Pulau Batu Putih,peluang untuk menang Malaysia adalah cerah.Tapi masih kalah..........kenapa? Tapi apa komen pemimpin kita..kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim yang menyifatkannya sebagai situasi "menang-menang".....kenapa?Kita mudah sangat mengalah walau dengan negara sekecil singapura. Singapura yang dulunya Tanah Melayu tidak akan mustahil untuk terus melangkah sedikit demi sedikit untuk menafikan hak-hak Malaysia,sebagaimana kesempatan diambil Israel terhadap simpati Palestin dengan memberi ruang kecil untuk warga Yahudi.............Akhirnya menderita di bumi sendiri.

Karpal Singh.

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, adalah sesuatu yang mengecewakan, kata pengerusi DAP, Karpal Singh.Sebaliknya, kata ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, keputusan ICJ mengenai kedaulatan Pulau Puteh itu jelas lebih menguntungkan Singapura.Karpal berkata, pertikaian pokok adalah mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh dan bukannya sangat mengenai Terumbu Karang Tengah atau yang juga dikenali sebagai Middle Rocks.Oleh itu, katanya, Malaysia harus menerima hakikat bahawa ia telah kalah kepada Singapura, dari segi maruah dan pulau tersebut.Karpal berkata, dalam sesuatu penghakiman, memang akan ada pihak yang kalah dan pihak yang menang.Bagaimanapun, beliau tertanya-tanya sama ada kerajaan Malaysia telah mendapatkan nasihat perundangan yang secukupnya - dari segi politik dan psikologi - berhubung perkara tersebut."Malaysia tidak sepatutnya bersetuju membawa perkara itu kepada ICJ kecuali jika ia benar-benar yakin boleh menang," katanya.Sebaliknya, kata beliau, keputusan ICJ itu boleh membawa kepada pertikaian lain yang membabitkan soal maritim antara Malaysia dan Singapura.Karpal berharap, Singapura tidak akan mengeksploitasi kemenananganya dengan menjadi angkuh.Dalam penghakimannya semalam, ICJ memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia.Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada.

Masalah kalah menang dalam mahkamah, bukan sangat ditentukan oleh benar atau salah perkara tersebut, tapi kepakaran menghujah didukung fakta yang meyakinkan. Maka dalam mana-mana perbicaraan keupayaan 'loyar' dalam berhujah adalah amat penting dalam menentukan kalah menang tersebut.
Mari kita amati dengan teliti siapa mereka yang berhujah,
delegasi Singapura :
1 S Jayakumar, Timbalan Perdana Menteri
2 Chao Hick Tin, Peguam Negara
3 Prof Tommy Koh,
ejendelegasi malaysia :
1 Tan Sri Rastam Mohd Isa, KSU Kementerian Luar
2 Datuk Hamsan Saringat, wakil kerajaan Johor
3 Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara
4 Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, ejen
5 Datuk Noor Farida Ariffin, ejen bersama.
Saya melihat beberapa perkara dari segi delegasi ini iaitu :
1 regu delegasi Singapura terdiri dari wakil kerajaan S Jaya Kumar yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri, bandingkan dengan kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Tan Sri Rastam Mohd Isa sekadar KSU Kementerian Luar ditambah dengan Datuk Hamsan Saringat wakil kerajaan Johor barangkali sekadar membawa fail jo.
2 Singapura dan Malaysia sama-sama diwakili oleh Peguam negara, keadaan ini seimbang, tapi masalah kualitinya perlu dikaji.
3 Ejen Singapura Prof Tommy Koh dan ejen Malaysia TS A Kadir Mohd dicapur dengan ejen bersama Datuk Noor Farida. Di sini kelihatan Singapura menampilkan orang yang memang lebih pakar dan jawatan profnya membawa kepada rasmi kerja berorientasikan penyelidikan.
Dari ketiga-tiga perkara yang disebut di atas, didapati :
1 Singapura lebih serius dan bersungguh-sungguh untuk memenangi perbicaraan dengan meletakan TPM sebagai ketua rombongannya berbanding Malaysia yang meletakan KSU jo.
2 Kekuatan utama penghujahan tentu terletak di tangan ejen (botul ko tu Jang) Singapura diwakili seorang profesor yang sudah tentu pakar perundangan- undangan berbanding Malaysia diwakili TS A Kadir Mohd dan Datuk Farida, den tak ponah dongapun salamo ni kehebatan mereka.
Dapatan di atas boleh dirumuskan bahawa sebenarnya kita di peringkat awal telah kalah, kemudian cara pemberitaan tv1 yang beriya-iya sangat kita mesti mematuhi keputusan ICJ sudah membayangkan bahawa kita akan kalah dalam perbicaraan tersebut.
Jadi kalau Pulau Batu Putih boleh mereka menangi, maka tak mustahil Wilayah Iskandar nanti juga akan mereka menangi dalam perbicaraan ICJ tahun 2050.

Saturday, May 24, 2008

Surat Penyerahan Pulau Batu Putih Oleh Johor


" Pulau Batu Putih secara consistent berada di bawah Malaysia/ Kerajaan Johor sehingga tertulisnya sepucuk surat dari seorang PEMANGKU atau acting Setiausaha Kerajaan Negeri atau state secretary Johore bernama si Celaka MOHAMAD SHETH BIN SAAID yang memberi secara percuma Pulau Batu Puteh kepada British Colony Singapore. Perkataan nya simple saja iaitu 'Johore Government does not claim ownership of Pedra Branca' ( Kerajaan Johor tidak menuntut hak atas Batu Putih) dan surat ini di tujukan kepada colonial secretary of singapore.Adakah surat ini boleh mewakili surat Sultan Johor dan sah dari segi niat, adakah ia bermakna melepaskan hak pulau itu kepada Tanah Jajahan Singapore atau hanya mengatakan ia tidak berminat kepada pulau itu walau pulau itu dia punya? Itu terserahlah kepada peguam bela Malaysia yang di kira hebat hebat belaka untuk MEMBERITAHU rakyat malaysia di Parlimen bagaimana mereka telah tidak berjaya mewujudkan doubt di makhamah di Haque. Namun semua nya sudah sia sia . Hukuman Makhamah dunia adalah final tidak boleh di rayu. Mungkin kes batu putih merupakan kesinambungan kebodohan orang Melayu memerintah negara mereka. Cuba bayangkan seorang pegawai kerajaan berpangkat SUK dan bukan nya SUK penuh tetapi hanya Acting atau MEWAKILI SUK yang bernama celaka M.SHETH BIN SAAID saja telah menyebabkan Malaysia kehilangan satu pulau. Adakah Mohamed Sheth ini acting untuk orang lain atau tidak , itu pun tidak di ketahui.Kita pun bertanya tanya bagaimana kes kedaulatan boleh di tulis kepada Colonial secretary oleh acting SUK tanpa sebarang sk. atau a copy to sultan atau kepada jabatan tabah atau hakim. Saya tak pasti Johor 1953 masih berada di bawah British atau tidak. Itu kerja Ghani Patail untuk menentukan validity of the letter.Kebodohan orang melayu mungkin akan juga berlaku di Wilayah Iskandar atau wilayah wilayah lain yang wujud dalam berbagai bentuk pada zaman sekarang. Sudah lah orang melayu berpecah pelah PAS , UMNO , PKR , Pro Mahathir , Anti Mahathir, Pro Dollah Anti Dollah , Pro Islamic state , anti Islamic state, sekarang kehilangan Batu Putih kerana kebodohan technicallity adalah bukti tidak cerdik orang Melayu menjaga hal ehwal masyarakat mereka.
Kita dah biasa menyerahkan hak kita kepada orang lain,dah sangat biasa.Pada masa dulu pun kita pernah menyerahkan hak rakyat Malaysia kepada orang lain yang saiznya lebih besar dari Pulau Batu Putih.....Dan rakyat Malaysia dan pemimpin-pemimpinnya buat tak kesah,apakan pula hanya sebesar 0.2.........

Pulau Batu Putih



Hari ini Malaysia hilang 0.2 hektar buminya
Milik orang..


Oleh Mohd Sayuti Omar
Sabtu, 24 Mei 2008



MUNGKIN tidak ada seorang pun dari kira-kira 26 juta rakyat Malaysia menangis setelah menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang telah memutuskan bahawa Pulau Batu Putih kini sudah menjadi milik Singapura.
Bahkan mungkin ada rakyat Malaysia yang tidak menahu mengenai apa yang belaku di The Hague di Belanda hari ini. Apa itu Batu Puith atau Perda Blanca, atau di mana terletaknya South Ledge (Terumbu Karang Selatan) dan Middle Rock (Terumbu Karang Tengah).

Apakah Pas merasakan bukan tangungjawabnya untuk berbuat demikian. Atau kerana masing-masing kini sedang berebut untuk menjadi PM maka hal-hal yang lebih penting menyentuh soal maruah bangsa dan negara terabai begitu saja.
Sebaliknya mungkin ada di kalangan rakyat negara ini yang tumpang bergembira dengan keputusan ICJ yang memberi hak kedaulatan Batu Putih kepada Singapura itu?
Rakyat negara kita bagaikan tidak peduli berhubung pertikaian ke atas pulau berkenaan yang berlaku sejak 28 tahun lalu.
Generasi muda maupun generasi tua seakan membiarkan saja pertikaian itu kepada pihak kerajaan bersendirian tanpa ada usaha dan komitmen bersepadu daripada seluruh rakyat.
Misalnya kita tidak pernah terdengar rakyat negara ini bangkit menyatakan keprihatian mereka ke atas pulau berkenaan baik menerusi aksi fizikal maupun secara berdoa.
Tidak ada apa-apa reaksi dalam hal ini.
Untuk sama-sama ke The Hague bagi mendengar perbicaraan tidak mungkin. Orang kita bukan saja miskin kewangan tetapi juga miskin semangat. Adakah mana-mana NGO kita yang kononnya kuat berjuang untuk nusa dan wangsa menghantar wakil ke Belanda?
Saya terkesan keimanan kita dalam menjaga watan ini sangat nipis dan naif. Bukan saja dari kalangan rakyat, tetapi pihak Kerajaan sendiri juga.

Apapun hari ini Malaysia kehilangan 0.2 hekatar buminya!
Misalnya sebelum keputusan dibuat di Belanda petang tadi umat Islam yang baligh dan mukalaf ke masjid untuk sembahyang Jumaat tidak pun digerakkan untuk memberi sedikit perhatian kepada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih itu.
Sepatutnya khutbah hari ini menyentuh mengenai apa yang bakal berlaku di Belanda itu. Para khatib patut membaca khutbah mengenai kedaulatan negara dan kasih kita kepada watan tujuannya memberi semangat dan rangsangan.
Sebaliknya apa yang belaku di masjid tempat saya menunaikan solat Jumaat hari ini (dan saya percaya di seluruh masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membaca teks khutbah sama) khatib membaca khutbah yang langsung tidak ada kena mengenai dengan isu yang berlaku ahri ini.
Tajuk khutbah di hari ini ialah "Cinta Terlarang" menghuraikan bahaya dan jijiknya cinta terlarang. Teks itu tidak sedikitpun menyentuh apa yang berlaku di Belanda.
Khatib juga di dalam doanya sebelum mengakhiri khutbah tidak sedikitpun mendoakan meminta agar keputusan berpihak kepada kita.
Inilah yang saya katakan bangsa kita terlalu miskin iman terhadap negara baik di kalangan mat rempit maupun yang menjadi penunggu masjid. Keimanan masing-masing senipis kulit bawang?
Apa salahnya kalau masjid mengajurkan solat hajat memohon agar keputusan ICJ berpihak kepada kita. Namun ini tidak pernah berlaku dan lupa untuk dilakukan. Apakah kita semua sudah tidak percaya kepada doa dan usaha secara kerohanian?
Begitu juga dengan parti Pas yang terkenal dengan usaha dan ikhtiar menerusi solat hajat juga tidak menganjurkan solat hajat untuk Batu Putih.
Apakah Pas merasakan bukan tangungjawabnya untuk berbuat demikian. Atau kerana masing-masing kini sedang berebut untuk menjadi PM maka hal-hal yang lebih penting menyentuh soal maruah bangsa dan negara terabai begitu saja.
Apapun hari ini Malaysia kehilangan 0.2 hekatar buminya!



Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisa n buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot. com - Pengarang

Friday, May 23, 2008

ABDULLAH DAN MICHELLE YEOH

ABDULLAH DAN MICHELLE YEOH
Kita canang seluruh dunia tentang islam hadari...........




Kenapa begini.......



Kawan Atau Lawan?













Kita mudah mesra walau dengan siapa...............Sanggup berkongsi apa saja,walaupun raja kita dipersenda.Kita ramah pada siapa saja............walau mereka itu jelas pemusnah agama kita. Adakah mereka suka berkawan dengan kita, atau sekadar menjadi mangsa seterusnya............


Wilayah Pembangunan Iskandar?



WPI: Johor akan jadi "Singapore occupied territory" ala Israel

Oleh Tarabulsi_2008


Saya merujuk kepada artikel "Wilayah Pembangunan Iskandar = Wilayah Pembangunan Singapura" oleh abeemonster yang diterbitkan oleh TKO pada 21 May 2008 dan juga artikel "Zionis Sudah Sampai Ke WPI" oleh orangjohorlama yang diterbitkan pada 22 May 2008.Saya ingin pula menambah sedikit mengenai ancaman kerjasama dua hala dengan Singapura dalam membangunkan WPI terhadap keselamatan dan kemerdekaan negeri Johor. Berdasarkan 'Singapore's defence blueprint' (kertaskerja pertahanan) yang digubal oleh kerajaan Singapura pada awal tahun 1970an dan dikemaskinikan dari masa kesemasa, Johor itu dianggap penting sekali bagi ekonomi dan pertahanan Singapura. Kalau kita kaji kertaskerja pertahanan Singapura (defence bluprint) tersebut, maka kita akan faham makna yang tersirat apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa kerajaan Abdullah Badawi mahu menjual negara kita kepada Singapura.
Johor perlu dijadikan 'hinterland' ekonomi dan ketenteraan bagi Singapura samada secara aman melalui penjajahan ekonomi atau pun secara penaklukkan ketenteraan, iaitu Johor ditakluki dan dijadikan 'occupied territory' sama seperti Israel menakluki dan menjajah 'occupied territories' di negara-negara Arab.Dari mana saya dapat maklumat tentang kertaskerja pertahanan Singapura ini. Bukankah ini rahsia besar kerajaan Singapura. Adakah saya hendak ada-adakan sesuatu yang tak wujud? Lebih kurang 20 tahun dahulu saya telah menghadiri suatu kursus, dan turut menghadhiri kursus tersebut adalah beberapa pegawai-pegawai kerajaan dan pegawai-pegawai tentera Australia. Mereka lah yang memberi saya lihat 'Singapore's blue print of defence' tersebut, bukan keseluruhannya, hanya cebisan-cebisan yang berkaitan dengan dasar pertahanan Singapura terhadap Malaysia. Mereka enggan memberi saya salinan dokumen tersebut. Bila dilaporkan kepada pihak tertentu di tanah air, saya diberitahu bahawa kerajaan kita sudah sedia maklum akan perkara tersebut. Maknanya kerajaan Abdullah Badawi pun mengetahuinya, tetapi mungkin kerana hendak kayakan keluarga dan kuncu-kuncu, soal keselamatan dan pertahanan negara diketepikan.Seperti yang telah disebutkan di atas, Johor itu dianggap penting dan hendak dijadikan 'hinterland dari segi ekonomi dan ketenteraan bagi Singapura. Satu dari penekanan dasar pertahanan Singapura itu adalah menanam modal yang banyak dalam pembangunan Johor. Jika berlaku rusuhan kaum atau kacau bilau di semenanjung maka tentera Singapura akan ambil kesempatan untuk menyerang dan menakluki Johor atas alasan mahu menyelamatkan serta mempertahankan kepentingan pelaburannya yang banyak di bumi Johor itu.Setelah menaklukki Johor Singapura akan memileh antara bebrapa opsyen untuk tindakan selanjutnya. Opsyen yang pertama adalah setuju undurkan tentera Singapura dari Johor dengan syarat kerajaan Malaysia memberi pelbagai keistimewaan kepada kaum Cina dan India. (DAP sebagai cebisan PAP boleh diperalatkan untuk membakar isu-isu yang boleh membawa kepada tercetusnya rusuhan di Malaysia)Satu lagi opsyen adalah tentera Singapura akan terus menetap di Johor dan Johor menjadi 'occupied territory' yang sama kaedahnya dengan 'Israeli occupied territories' di negara-negara Arab.Dalam perhitungan Singapura, tindakan mereka menakluki Johor itu tidak akan dibantah oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Barat. Malah Amerika dan Barat akan anggap penjajahan Singapura ke atas Johor itu sebagai sesuatu yang akan menjamin kemerdekaan Singapura. Sama kaedahnya dengan 'occupied territories' di negara-negara Arab.Cukuplah sedikit sebanyak maklumat untuk kita semua sedar akan betapa merbahayanya kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Singapura dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar. Saya diberitahu bahawa kerjasama ini sudah pun berjalan lancar. Singapura, Barat serta Yahudi akan banyak nanti melabor di Johor. Di samping meraih keuntungan, mereka ingin 'prepare the grounds' untuk Singapura di masa yang akan datang menyerang dan menakluki Johor atas nama memperlindungkan kepentingan- kepentingan pelaburan Singapura dan Barat di negeri kuda kepang itu.


Berhati-hatilah pasal kita selalu lupa pasal sejarah, sejarah lalu tidak menjadi keutamaan kita. Kita selalu seronok dengan ketawa dan menyanyi. Seronok mengata-ngata orang,seronok menumbang-numbangkan bangsa.Biar sama-sama tak dapat itu adalah konsep kita,biar sama-sama putih mata...........

Mubarak Pujuk Dr. Mahathir

Mubarak pujuk Dr M kembali ke Umno


Abdul Rahim Sabri May 21, 08 3:13pm


Tindakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno kelmarin menunjukkan bahawa krisis dalaman Umno sudah sampai ke tahap yang amat serius, kata Persatuan Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional (Mubarak).Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang menyeru Dr Mahathir dan perdana menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk berbincang masalah yang melanda parti itu kini.Bagi memulihkan keadaan, Abu Zahar menegaskan perlunya kepimpinan Umno diperbetulkan dari peringkat atas hinggalah ke peringkat akar umbi."Terutama perubahan dari segi sikap, budaya dan perangai seluruh kepimpinan Umno," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Untuk itu, beliau menggesa agar Dr Mahathir dapat memikirkan semula keputusannya itu dan kembali semula bersama Umno.Abu Zahar berkata, Umno memerlukan Dr Mahathir kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang matang dan banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara."Segala silap dan kelemahan harus kita muhasabah dan bersama-sama mencari jalan untuk memperbetulkannya.Pikul tanggungjawab"Kita juga perlu mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi memenuhi tanggungjawab kepada parti dan negara," tambahnya.Abu Zahar berkata, Dr Mahathir dan Abdullah harus mengambil kira kesan daripada tindakan mereka terhadap generasi akan datang.Menurutnya, selaku tonggak Barisan Nasional (BN), kepimpinan Umno mesti nampak unggul, mantap dan bijaksana.Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang Melayu supaya mengambil iktibar daripada peribahasa yang berbunyi "menang sorak kampung tergadai.""Oleh itu, orang Melayu mesti kembali bersatu padu dan membina balik kekuatan, ketepikan kepentingan peribadi dan kelompok untuk kebaikan bersama," katanya.Mengenai prestasi buruk BN dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu yang menjadi punca ketegangan dalam Umno kini, Abu Zahar berkata, kemerosotan itu tidak harus dipersalahkan ke atas Umno semata-mata.Sebaliknya, tambah beliau, tanggungjawab tersebut harus dipikul bersama oleh semua parti komponen BN.


Kepada pemimpin-pemimpin muda dalam UMNO jangan pula melebih-lebih pula mengeluarkan kenyataan. Sehingga ada yang menilai kita sebagai pemimpin yang tak berwibawa, orang-orang lama ni banyak jasa pada kita..............jangan jadi Melayu Mudah Lupa!

GURU TERIMA AIB........


Guru dapat aib - Mana Persatuan Guru?
"Guru dapat aib"
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

KUALA LUMPUR: Hanya kerana memberi amaran kepada seorang murid akan melondehkan seluarnya, seorang guru terpaksa menerima aib ditahan empat anggota polis di kelas selepas perhimpunan pagi di sebuah sekolah elit, baru-baru ini.Lebih memeritkan apabila guru dari sebuah negeri di pantai barat itu terpaksa meringkuk semalaman di sebuah balai polis, di sini.
Dia hanya dibebaskan selepas mendapatkan kerjasama seorang individu berpengaruh yang dikenalinya kira-kira jam 9 pagi.Kejadian bermula apabila guru lelaki lingkungan 30-an terbabit memberikan kata dua kepada murid tahun dua itu seluarnya akan dilondehkan kerana melanggar disiplin sekolah secara berulang.Murid itu, anak sebuah keluarga yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat, diberi amaran itu kira-kira jam 3 petang.
Bagaimanapun, murid terbabit yang dikatakan sering menimbulkan masalah di kalangan rakan memaklumkan kepada bapanya yang turut mempunyai hubungan dengan pihak tertentu.Sumber memberitahu Harian Metro, bapa murid terbabit tersinggung dengan kata-kata kasar guru itu terhadap anaknya.
Malah, katanya, bapa murid terbabit mendapat kerjasama daripada seorang saudaranya yang juga anggota polis yang dipercayai bertindak terhadap guru terbabit."Saya terkejut apabila guru terbabit dibawa menaiki kenderaan polis selepas ditahan di kelas kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran bagi membantu siasatan."Saya percaya penahanan guru itu ada kaitan dengan tindakannya memberi amaran akan melondehkan seluar seorang murid di sekolah itu."Memang kejadian itu sungguh memalukan guru berkenaan, terutama ketika ditahan di depan murid dan guru lain," katanya.
Menurutnya, walaupun pengurusan sekolah itu cuba merayu kepada anggota polis supaya dihentikan penahanan itu, tetapi tidak berjaya.Guru terbabit yang tidak sempurna anggota kakinya akibat kemalangan jalan raya dikatakan terkejut sebelum dibawa ke balai polis bagi diambil keterangan."Saya difahamkan dia ditahan di lokap sebelum guru itu menggunakan pengaruh seorang kenalan bagi membebaskannya, " katanya.
Sumber itu berkata, bapa murid terbabit sanggup menggunakan tindakan yang tidak masuk akal untuk memalukan guru berkenaan."Sepatutnya, sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, bapa murid itu perlu memikirkan tanggungjawab seorang guru berbanding bertindak mengikut telunjuk anak yang terlalu dimanjakan," katanya. Dia kecewa kerana sekolah contoh itu dicemarkan dengan insiden yang sungguh memalukan apabila seorang guru dibiarkan bermalam di lokap hanya kerana menasihatkan muridnya.
Sumber itu berkata, guru terbabit sedang berbincang dengan keluarga dan rakan bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap bapa murid dan anggota polis terbabit terbabit."Pengurusan sekolah cuba mengelak kejadian itu diketahui media dan Kementerian Pelajaran bagi menjaga imej sekolah itu," katanya.
Menurutnya, tindakan segera perlu diambil bagi membantu guru berkenaan selain menjaga imej profesion perguruan yang semakin menjadi sasaran pihak yang tidak senang dengan peranan guru.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan guru terbabit oleh beberapa anggota polis di sekolahnya.Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan sebelum sebarang tindakan dilakukan.
MANA PERGINYA PERSATUAN GURU!! TAKKAN TAKNAK BERKATA-KATA WALAU HANYA SEPATAH..................!

Tuesday, May 20, 2008

Kenapa Tun Keluar UMNO?


Pengumuman Keluar Dari UMNO Oleh Dr. Mahathir Mohamad

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.
UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP.
Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.
Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.
Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.
Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Menteri Besar dan Polis.Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.
Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional.
Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.
Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.
Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

Monday, May 19, 2008

Tun Dr. Mahathir Keluar UMNO?



Ahli nombor satu UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamed, pada jam 12.35 tengahari tadi mengumumkan keluar dari UMNO. Sehingga saat ini belum mendapat sebarang pengesahan dari mereka yang terdekat dengannya.
Bagaimanapun sumber dari The Star mengesahkan bahawa Tun Dr. Mahathir telah keluar dari UMNO.
Pada minggu lepas, ada usaha untuk menyatukan pemimpin-pimimpin Melayu Islam di bawah payung Pakatan Rakyat bagi memastikan nisbah kekuatan ras dalam Pakatan Rakyat adalah seimbang.
Sejarah membuktikan semua bekas Presiden UMNO meninggal dunia di luar UMNO. Adakah ini satu sumpahan yang berterusan hingga ke hari ini?
Kenapa mesti keluar dari UMNO? Sesungguhnya ramai rakyat Malaysia akan bersedih...........PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI!!!!

Thursday, May 15, 2008

Ketuanan Melayu Dan Kontrak Sosial..

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial

Salam semua,

Blog ini menerima email daripada seorang pembaca supaya artikel mengenai Ketuanan Melayu dituliskan di dalam blog ini supaya orang ramai faham mengenai perkara di atas. Ini disebabkan menurut beliau, rata-rata generasi muda melayu tidak faham mengapa ketuanan melayu harus dipertahankan. Penulis membuat sedikit carian dan kajian mengenai Ketuanan Melayu dan mendapati bahawa bukan isu mengenai Ketuanan Melayu harus dipostkan tetapi juga mengenai Artikel 153 dan kontrak sosial Malaysia harus dipostkan kerana ia saling mengaitkan antara satu sama lain. Sumber rujukan dari wikipedia dan lawnet.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.
Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
( Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—
(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau
(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.

(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.
Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.
Ketuanan Melayu
Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.
Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.
Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura).
Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan Malaysia oleh PAP.
Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”. Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.
Kontrak Sosial
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.
Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.
Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat formal mengenai kontrak sosial ini. Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak sosial.
Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial” (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.” [1]
Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.
Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.
Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”. Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.
Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.
Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.
Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “…apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu.”
Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-parti politik sejak kebelakangan ini. Semangan muhibah dikalangan pemimpin-pemimpin awal negara seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang menjadi pemimpin parti-parti politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh pemimpin bukan melayu…di mana pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari pembangkang tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina?? Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk ‘survive’ di masa hadapan sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. Diharap anak-anak muda faham akan kenapa walaupun negara kita sudah 50tahun merdeka konsep ini masih digunapakai. Konsep ini bukan lah sesuatu yang baru dan sejarah membukti bahawa terpisahnya Malaysia dengan Singapura adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin parti induk DAP iaitu PAP yang memainkan isu ketuanan Melayu ini. Adakah anda lebih gemar konsep Ketuanan Melayu ini digugurkan dan digantikan dengan konsep Malaysian Malaysia atau konsep Ketuanan Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti PKR dan PAS ini merupakan anak-anak yang membesar hasil dari konsep Ketuanan Melayu ini. Cuba fikirkan di mana pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep Ketuanan Melayu dihapuskan dahulu?? Adakah mereka akan begelar pemimpin??
Terkini:
Istilah “Ketuanan Melayu” perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang Melayu sebelum merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu sebagai tanah pusaka (sons of the soil) seperti yang diakui oleh pihak penjajah British ketika itu. Istilah ini juga merujuk kepada situasi sebelum merdeka yang menjelaskan reaksi orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union yang telah menghapuskan “Ketuanan Melayu” dari segi kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan yang longgar. “Ketuanan Melayu” dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika itu bagi menyatupadukan orang Melayu menentang Malayan Union dan bukannya menuntut kemerdekaan. Oleh itu, konsep ini ialah peristiwa dan reality sejarah pada ketika itu dan ia dimasukkan bukan bertujuan untuk menggugat perpaduan masyarakat Malaysia.
Istilah di atas merupakan penjelasan Kementerian Pendidikan mengenai Ketuanan Melayu. Penjelasan ini dipetik dari blog LKS.

Kalau Babi, Babi Juga....

Parlimen riuh dengan ungkapan "Babi Negara"

Mon May 12, 08 2:26:18 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Dewan Rakyat hari ini riuh dengan ungkapan "babi negara" apabila Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menolak akronim yang diberikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa PKR itu adalah singkatan kepada "projek khinzir raksasa".
"Bukan projek khinzir raksasa (PKR) tetapi projek 'babi negara' (BN)," Ahli Parlimen Pokok Sena itu meningkah.
Selepas itu dewan riuh dengan perkataan "BN, babi negara" sehingga menyebabkan timbul cabaran siapa yang menyebut perkataan itu termasuk dari Khairy sendiri yang kedengaran marah dengan perkataan "babi negara" itu.
Selepas keriuhan agak berkurangan, Mahfuz bangun lagi dan menjelaskan bahawa "bukan 'projek khinzir raksasa' (PKR) tetapi projek 'babi negara' (BN)".
Mahfuz juga meminta Khairy berucap di hadapan kanak-kanak tadika dan bukan di dalam Dewan Rakyat.
Mahfuz berkata demikian apabila menantu Perdana Menteri itu enggan memberi laluan kepada Ahli-Ahli Parlimen lain yang meminta penjelasan.
Ucapan Khairy yang diselang-selikan dengan hentaman terhadap pembangkang diganggu hampir sepanjang masa apabila beliau enggan memberi laluan untuk penjelasan.

Menang jadi abu kalah jadi arang. Bangsaku jerit menjerit pasal babi.....Bangsaku bertengkar bercakar pasal babi....Bangsaku tunding menunding pasal babi.....Bangsaku tikam menikam pasal babi.................TAPI! SI PENGGUNA BABI ASYIK SENYUM SEPANJANG MASA....TAPI TAUKE BABI GELI HATI MELIHAT KITA.............AKHIRNYA RAKYAT MENJADI MANGSA....

Keris Bangsaku..........



Dimana silap kita dulu? Betulkah sikap "tak apa" bangsaku akhirnya memakan diri? Kenapa ada bangsa lain ambil kesempatan dengan sopan santun kita? Betulkah bangsaku lemah? Kenapa kita masih berpeluk tubuh walaupun kita diselimutkan dengan kulit babi?Kenapa kita sembunyikan sejarah tentang penyerahan sedikit Tanah Melayu walau hanya sekangkang kera?Bertuahkah kita dengan menerima kemerdekaan hanya di atas meja?Siapakah diantara bangsaku yang sanggup mempertahankan bumi bertuah ini?KENAPA DIPERTIKAI JIKA ADA BANGSAKU MENJUNJUNG KERIS PUSAKA TURUN TEMURUN?Salahkah dia lakukan itu di bumi sendiri?Betulkah ini adalah akibat suka menghulurkan betis pada bangsa lain?Betulkah perpecahan bangsaku hanya menguntungkan bangsa lain?BANGUNLAH BANGSAKU...........................

Monday, May 12, 2008

Ramai dah lupa pasal bertudung....

Setelah 62 tahun, RTM izinkan penyampai berita bertudung

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) -

Tahniah! Itulah kalimah yang wajar ditujukan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana 'terpaksa' mengambil masa 62 tahun untuk memberi kebenaran kepada penyampai berita untuk tampil bertudung.
Ramai yang berpendapat, RTM selama ini telah menafikan secara tidak langsung kebebasan dan hak seseorang mengamalkan ajaran agamanya khususnya bagi penyampai berita wanita yang beragama Islam.
Dalam satu artikel di akhbar tempatan Hamidah Hamzah yang sering kali tampil sebagai pembaca berita Dunia Hari ini jam 11 malam dan Warta 1.30 pagi menyatakan kegembiraannya setelah sekian lama 'berjuang' untuk melaksanakan tuntutan agama dan impiannya selama tiga tahun lalu akhirnya tercapai.
"Sebaik mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Penerangan memberi kelulusan penyampai berita di RTM kini boleh bertudung, sayalah individu paling gembira.
"Selepas sekian lama perkara ini disuarakan, baru sekarang ianya dibenarkan dilaksanakan," katanya yang merupakan penyampai wanita bertudung pertama dalam RTM.
Namun katanya dalam wawancara itu, beliau mestilah tampil gaya tudung yang sesuai seperti yang digayakan dan ira-kira 20 gambar gaya ikat tudung pelbagai cara telah dihantar untuk dinilai dalam mesyuarat tersebut.
"Ini kerana mengikut antara syarat yang ditetapkan, cirinya mestilah beridentitikan tudung RTM," katanya.
Sementara itu bekas penyampai beriuta RTM, Wan Chik Hashim atau lebih dikenali sebagai Wan Chik Daud berkata tindakan RTM harus dilakukan sejak dulu lagi.
Beliau mencerita permintaannya untuk tampil bertudung telah disuarakan semenjak tahun 1984 selepas pulang menunaikan haji, namun tidak dibenarkan sama sekali.
Katanya disebabkan keengganannya menyampaikan berita tanpa bertudung, beliau diarah bertukar ke bahagian radio.
RTM juga pernah mengutuk kerajaan Turki dangan Britain dalam isu kerajaan tersebut yang enggan membenarkan wanita Islam memakai Tudung atau Purdah namun RTM jugalah yang membuat larangan seumpama itu, katanya.

Ketuanan Melayu,nak dipertikai tapi malu....

Ibrahim Ali pertikai PKR membisu isu ketuanan Melayu

Oleh Bernama

Ahad, 11 Mei 2008

PASIR MAS: Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali hari ini mempersoalkan sikap membisu sesetengah wakli rakyat Melayu dalam Parti Keadilan Rayat berhubung isu ketuanan Melayu dan mengenai tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak.
"Mungkin mereka takut untuk sentuh isu itu kerana sudah berpakat (bahawa) dalam Pakatan (Rakyat), (apa saja) benda buruk pun (melibatkan mereka), kena pertahankan walaupun tidak setuju, kalau tak mahu berpecah belah.
"Apapun, mereka perlu juga beritahu apa pendirian mereka dalam soal ini kerana rakyat nak tahu. Kalau tak jawab nanti rakyat buat macam-macam tafsiran," katanya pada sidang akhbar di sini.
Ibrahim, seorang anggota Bebas, mengingatkan wakil rakyat pembangkang yang cenderung menyentuh isu ketuanan Melayu dan mempertikaikan institusi beraja agar tidak keterlaluan dan melampaui batas.
"Saya lihat sekarang ini ramai yang sudah melampau dalam menyentuh ketuanan Melayu, sentuh kuasa raja-raja," katanya.
Mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ibrahim yang pernah dua kali ditahan mengikut undang-undang itu, berkata ia tidak wajar dimansuh sebaliknya perlu ditambah baik.
Katanya akta itu perlu diteruskan kerana ia boleh mencegah keadaan gawat daripada berlaku.
"ISA digubal oleh Dewan Rakyat bagi tujuan menyekat mana-mana individu yang ada niat untuk huru-harakan negara. Kita nak cegah huru-hara daripada berlaku, akta itu perlu ada tetapi ia perlu diubahsuai mengikut perkembangan semasa," katanya.
Ibrahim berkata pembangkang tidak sepatutnya terlalu 'besar kepala' dan menganggap kemenangan besar pada pilihan raya umum 8 Mac lepas adalah kerana rakyat mahukan dan akan menyokong setiap apa yang dilakukan mereka.
"Kemenangan yang rakyat beri baru ini bukan kerana rakyat mahukan pembangkang. Pembangkang banyak menang kerana Barisan Nasional banyak sangat isu," katanya.