Sunday, May 27, 2018

Bina Rumah Burung Walit RBW



*INGIN MILIKI RUMAH BURUNG WALIT RBW TETAPI MAHAL? TIADA KEMAHIRAN? MODAL TAK CUKUP? BUMI HIJAU AGRO ENTERPRISE SDN.  BHD. ADA PENYELESAIANNYA, MELALUI PAKEJ TUNAI / TUNGGAL ATAU PERKONGSIAN….*

*1 DAERAH  1 LEMBAH WALIT*

*SKIM BAYAR SECARA ANSURAN*

Asalam dan salam sejahtera..

*BUMI HIJAU AGRO ENTERPRISE SDN. BHD.* mempermudah serta membantu merealisasikan impian tuan puan memiliki lombong emas yang bakal merubah ekonomi tuan puan iaitu dengan memiliki Rumah Burung Walit (RBW). Milikilah RBW hari ini dengan PAKEJ BANTUAN PEMBIAYAAN dan PAKEJ PERKONGSIAN dengan peserta dari seluruh Sabah atau saudara mara serta keluarga.
Bina RBW di tapak yang disediakan seluruh daerah negeri Sabah yang telah dikenal pasti atau ditapak sendiri..
Kami sedang mencari dan menghimpun rakan kongsi dari seluruh Sabah bagi menjadi rakan kongsi untuk membina RBW yang bakal mengeluarkan hasil lumayan.
Modal serendah RM 1500 seorang dengan 10 peserta rakan kongsi bagi sebuah RBW dengan perkongsian selama 15 tahun berserta perjanjian.
Pembahagian hasil tuaian RBW ialah 70% pemilik ( 10 peserta rakan kongsi ), 15% pemilik tanah ( kecuali tanah sendiri ) dan 15% Bumi Hijau Agro Enterprise Sdn. Bhd. untuk pengurusan / penyelenggaraan / pemasaran.
Bagi yang berminat untuk memiliki Rumah Burung Walit RBW tetapi tidak mempunyai modal yg besar, boleh lah berkongsi dengan kami.

Lokasi Premis:
Blok 14, Lot 4, Tingkat 1, Bandar Indah Jaya Sandakan Sabah.
Tel/Faks: 089232763
Hotline : 0109300083

untuk maklumat lanjut klik link dibawah:
www.wasap.my/0109300083

atau join Group Bumi Hijau Walit Agro 6 untuk pelbagai info:
https://chat.whatsapp.com/Kl67NEPtD0d6o7d0M33hHb

Monday, December 19, 2016

Kg. Baba dan Kg. Asuan kesal masih guna perkhidmatan feri.....

Rasanya seperti berada ditahun 60an, bila masih ada perkhidmatan feri yang terpaksa diguna hingga hari ini untuk menyeberangi sungai dengan jarak tidak sampai beberapa meter. Itulah hakikat yang perlu diterima bagi masyarakat Kg. Baba dan Kg. Ansuan dengan lebih kurang 600 orang penduduk dengan jarak ke Pekan Telupid tidak lebih dari 20 km. Kampung-kampung ini yang dibuka sekitar tahun 1981 telah menggunakan jambatan kayu sebagai jalan perhubungan melalui Kg. Melapi. Selepas jambatan tersebut runtuh dan berakhirnya kerja-kerja penanaman oleh pihak Safoda pada akhir 90an maka sejak itu hubungan melalui jambatan telah terputus. Perkhidmatan feri bermula pada tahun 1996, bila sebuah syarikat masuk untuk membuka ladang kelapa sawit.Kini sudah 20 tahun masyarakat setempat sabar dengan seribu kesusahan yang mereka lalui terutama bila air sungai naik dan perkhidmatan feri dihentikan. Keluhan rakyat perlu didengar jangan biar rakyat terus menunggu 10 atau 20 tahun lagi hanya untuk sebuah jambatan. 

Tuesday, October 11, 2016

Pemandu dan Bas sekolah yang uzur…



Sudah tiba masanya pihak berkuasa perlu memperketatkan peraturan dan memantau para pemandu bas sekolah di seluruh Sabah terutama bagi pemandu dan bas sekolah yang sudah uzur bagi memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin.

Sesetengah pemandu dilihat sudah terlalu tua dan mungkin tidak lagi mempunyai penglihatan, kesihatan, tenaga dan refleksi yang baik, dan ini boleh membahayakan penumpang yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah khasnya di kawasan yang sibuk.

Kenapa kita perlu mempertaruhkan nyawa pelajar sekolah dengan menggenepikan kemampuan pemandu dan keuzuran bas sekolah itu sendiri. Jangan tunggu “terhantuk baru nak terngada”, selepas musibah menimpa baru keluar teori, akta, undang-undang dan pelbagai. Masa tu “nasi sudah menjadi bubur”, yang pergi tidakkan kembali lagi. Seandainya masa tu kita sentiasa beringat bahawa, jika pemandu dan bas sekolah yang uzur itu ada bahagian yang “tidak berfungsi” secara tiba-tiba pada kelajuan kenderaan 100km sejam. Apalah nasib yang menimpa pelajar-pelajar yang berada dalam bas tersebut.

Sunday, September 18, 2016

Berniaga bukan sebab nak kaya, tetapi sebab tarbiyyah tentang kehidupan......



“ Belon! Belon!! 2 ringgit! 2 ringgit!! “ ayat inilah yang akan kita dengar setiap malam di Pasar Malam Kim Fung Sandakan yang dilaungkan oleh adik kecil yang berjiwa usahawan dan bersemangat waja dalam berdikari…TAHNIAH!!

Berniaga bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam bentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. 

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa kita dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yang berniaga.

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.

Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal. Sekiranya berniaga untuk kaya, maka itu adalah kesilapan pertama.Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama. Sebaik baik umat nabi saw adalah yang memberi manfaat pada mukmin yang lain.

Monday, August 29, 2016

Meredah sungai sambil mengusung jenazah di kampung Letingi, Kota Belud......



Masyarakat marhaen dari kampung Letingi, Kota Belud yang terpaksa meredah sungai sambil mengusung jenazah. Bukan tiada jambatan, tapi jambatan yang ada hanya sebuah jambatan gantung yang sudah uzur dan usang. Masyarakat kampung bimbang jika mereka gunakan jambatan gantung yang sedia ada itu bakal mengundang berlaku perkara buruk yang tidak diingini. Oleh itu mereka tiada pilihan selain dari turun dan meredah sungai untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan terdekat. Semoga mereka mendapat pembelaan untuk terus bersyukur atas nikmat kemerdekaan.
 Jambatan gantung yang ada...

Wednesday, August 24, 2016

Bekalan gula di Sandakan terjejas sejak dua minggu lalu.....




Bekalan gula di Sandakan mula terjejas sejak dua minggu yang lalu, minggu ini di dapati gula habis di pasaran terutama di kedai-kedai borong utama dan kedai runcit dipusat bandar. Pengguna dan peniaga menggeluh dengan situasi ini, mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan gula untuk keperluan harian dan untuk perniagaan. 

Seorang peniaga restoran berkata untuk minggu lalu dia masih boleh dapatkan bekalan gula dalam lima kilo sehari untuk kegunaan perniagaan restorannya. Tapi kali ini tiada langsung gula diperolehi dan beliau sendiri tidak tahu dimana hendak dapatkan bekalan gula. Menurut cerita pekerja restoran berkenaan, mereka ada nampak beberapa peniaga yang cuba untuk menyorok gula daripada dijual kepada orang ramai. Mungkin untuk tujuan menaikkan harga gula dipasaran terutama bila sambutan hari raya aidiladha dah semakin dekat. 

Kita berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK dapat memantau perkara ini dan berharap ianya tidak berlarutan serta memastikan tiada kegiatan menyorok bekalan ini dilakukan.