Tuesday, October 11, 2016

Pemandu dan Bas sekolah yang uzur…



Sudah tiba masanya pihak berkuasa perlu memperketatkan peraturan dan memantau para pemandu bas sekolah di seluruh Sabah terutama bagi pemandu dan bas sekolah yang sudah uzur bagi memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin.

Sesetengah pemandu dilihat sudah terlalu tua dan mungkin tidak lagi mempunyai penglihatan, kesihatan, tenaga dan refleksi yang baik, dan ini boleh membahayakan penumpang yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah khasnya di kawasan yang sibuk.

Kenapa kita perlu mempertaruhkan nyawa pelajar sekolah dengan menggenepikan kemampuan pemandu dan keuzuran bas sekolah itu sendiri. Jangan tunggu “terhantuk baru nak terngada”, selepas musibah menimpa baru keluar teori, akta, undang-undang dan pelbagai. Masa tu “nasi sudah menjadi bubur”, yang pergi tidakkan kembali lagi. Seandainya masa tu kita sentiasa beringat bahawa, jika pemandu dan bas sekolah yang uzur itu ada bahagian yang “tidak berfungsi” secara tiba-tiba pada kelajuan kenderaan 100km sejam. Apalah nasib yang menimpa pelajar-pelajar yang berada dalam bas tersebut.