Sebenarnya
menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia
berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12
Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah
untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis
menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati
segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara
kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan
sihat. Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah
meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti
adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang
bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi
haram.
Menjadi
persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan
memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?
Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada
budaya barat.
Hadis
Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud : “Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum
maka dia bukan dari golongan ku.” Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran
dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh
masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang
siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan
lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam.
Cara
Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran,
membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang
berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment