Tanpa rasa bersalah atau segan silu pada pihak berkuasa, aktiviti pembakaran bunga api secara terbuka dan terang-terangan oleh sebilangan masyarakat yang menyambut Tahun Baru Cina tahun 2009. Setiap malam hampir berpuluh tempat yang melakukan aktiviti ini, dapat dilihat di mana-mana khususnya di bandar Sandakan Sabah. Walaupun hakikatnya memiliki, mengedar atau menjual bunga api, adalah menjadi kesalahan di negara ini. Namun kelihatan seperti ada ruang atau peluang untuk menghalalkan apa yang diharamkan oleh pihak berkuasa. Undang-undang diperlekeh oleh pihak-pihak tertentu khususnya bagi mereka dari golongan berada yang mampu menangkis undang-undang melalui jumlah Ringgit Malaysia. Penguatkuasaan hanya bermusim yang menyebabkan ada rakyat merasa muak, undang-undang yang tak telus untuk semua peringkat lapisan masyarakat. Apa yang dijangkakan, tangkapan kerana kesalahan sebarang aktiviti bunga api ini akan dilakukan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti. Ini hanyalah ramalan tetapi mungkin ada kebenarannya.
No comments:
Post a Comment