Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendakwa terdapat hanya 10 kedai roti yang masih beroperasi di bandar itu kerana kekurangan tepung gandum dan petrol.Menurut seorang koordinator kemanusiaan agensi dunia itu berkata generator tambahan untuk menerangi wad-wad elektrik di hospital Shifa akan berakhir dalam masa lima hari lagi kerana kekurangan bahan bakar tersebut. Agensi itu mendakwa telah menghantar bantuan 75,000 ribu liter minyak ke Gaza. Namun kurang separuh daripada jumlah tersebut dapat dihantar kerana pemandu lori tangki takut membawanya di atas jalan raya.Bagaimanapun kerajaan Israel menolak dakwaan bahawa Semenanjung Gaza berada dalam "krisis kemanusiaan".Pemangku perdana menterinya, Ehud Olemert memberitahu selepas mesyuarat kabinet bahawa negaranya tidak akan membenarkan krisis tersebut berlarutan.Sementara itu, menurut laporan AFP, serangan Israel di Gaza mendapat bantahan dan kecaman daripada penduduk seluruh dunia termasuk di Turki, Maghribi, Beirut dan Iraq serta di negara-negara Eropah seperti Greece, Perancis, Norway dan di Kanada.Ahad lalu, di Istanbul, kira-kira 700,000 penunjuk perasaan membantah serangan Israel terhadap penduduk Gaza. Pelbagai bentuk kecaman dilahir oleh penunjuk perasaan mengecam tindakan zalim tersebut.
No comments:
Post a Comment