Wednesday, August 27, 2008

Berdiri Puncak Menara KL

I did it!: Harthono celebrating after completing his feat of standing on top of Kuala Lumpur Tower for 30 hours yesterday.

KUALA LUMPUR: Despite cold winds, the scorching sun, and thoughts of giving up, Harthono Isnanthomo pushed himself and succeeded in setting a new solo record for the longest tower stand.
To show his patriotism and Merdeka spirit, primary schoolteacher Harthono earned a place in the Malaysia Book of Records by standing on the top of Kuala Lumpur Tower for 30 hours.
“I am happy that I can contribute something to the country and hope that my inspiration will inspire patriotism in fellow Malaysians,” said Harthono, 43, who started his training for this from 2003.
He had to prepare physically and mentally, and the training included jogging and basic exercises. In preparation for the stand, he had to stand for at least nine hours on high buildings to get the feel of the height.
“I did feel nervous standing up there, but when I focused on the main goal I was able to overcome the fear,” he said.
Harthono said his wife and children were his source of inspiration and they were always by his side supporting him in everything he did.
When asked when was the hardest moment in accomplishing his feat, he said the first hour was the hardest because there was still 29 hours more to go.
“Once I reached the 15-hour mark, it was okay,” he said, adding that he had felt tired, sleepy and almost gave up at one point but decided to push himself.
Hailing from Sandakan, Sabah, Harthono only ate fruits, bread and raisins during the 15-minute breaks he took once every three hours.
“I felt worried as the weather was unpredictable, but with God’s grace everything went well,” said Harthono’s wife, Sharifah Ari, 42.

Friday, August 15, 2008

Mana Pergi Atlet Melayu?

Renang

DANIEL WILLIAM AK HENRY BEGO
KHOO CAI LIN
SIOW YI TING
LEW YIH WEY
LEUNG CHII LIN

Terjun

BRYAN NICKSON LOMAS
PANDALELA RINONG
LEONG MUN YEE
ELIZABETH JIMIE

Pelayaran

KEVIN LIM LEONG KEAT

Menembak

HASLI IZWAN AMIR HASAN

Badminton


LEE CHOONG WEI
WONG CHOONG HAN
KOO KIEN KIAT
TAN BOON HEONG
LEE WAN WAH
CHOONG TAN FOOK
WONG MEW CHOO
WONG PEI TTY
CHIN EEI HUI

Berbasikal

JOSIAH NG ONN LAM
MUHD AZIZUL HASNI AWANG
MOHD RIZAL TISIN
MUHAMAD EDRUS

Memanah


MUHAMMAD MARBAWI SULAIMAN
WAN MOHD KHALMIZAM WAN ABD. AZIZ
CHENG CHU SIAN

Olahraga

ROSLINDA SAMSU
YUAN YU FANG
LEE HUP WEI

Angkat Berat

AMIRUL HAMIZAN IBRAHIM

TaeKwanDo

ELAINE TEO SHUEH FHERN
CHE CHEW CHAN

Saiful Sudah Angkat Sumpah,Anwar Bila Lagi?


Saiful: Saya diliwat tanpa rela
Jimadie Shah Othman Aug 15, 08 6:58pm


kemaskini 9:25pm Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat secara paksa oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kondominium mewah di Damansara. Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang tadi.Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat dan mengucap dua kalimah syahadah."Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya."Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat."
Dalam sidang akhbar di sebuah hotel kemudiannya, Saiful berkata, beliau menafikan tindakannya itu bermotifkan politik.Ini adalah kali pertama beliau muncul di khalayak ramai sejak membuat laporan polis pada 28 Jun lalu, mendakwa, dia diliwat oleh Anwar.Saiful memberitahu pemberita bahawa dia bersumpah dengan al-Quran hari ini, selepas mengumpul kekuatan untuk berbuat demikian.Beliau bagaimanapun, enggan menjawab sebarang soalan mengenai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Sebelum ini, Saiful dilaporkan telah menemui Najib di kediaman timbalan perdana menteri sebelum membuat laporan polis.Saiful turut menayangkan di sidang akhbar tersebut video selama dua minit menunjukkan dia mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi.Saiful berkata, dakwaan diliwat Anwar itu adalah yang pertama berlaku ke atas dirinya dan dia tidak pernah diliwat sebelum ini.
"Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi menafikan dakwaan saya adalah tidak benar," katanya lagi.


Saiful ditemani oleh bapanya Azlan Mohd Lazim (foto kanan) dan peguam Zamri Idrus ketika menghadiri sidang akhbar selama 10 minit itu.Anwar, yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan mendakwa ia perbuatan musuh politiknya untuk menyekat beliau kembali semula aktif dalam politik.Sebelum ini, penasihat PKR itu telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful.Menurut kertas pertuduhan terhadapnya, Anwar didakwa melakukan jenayah tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.Jika disabitkan kesalahan Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


Berikut adalah kenyataan yang dibaca oleh Saiful:

Saya rasa telah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak dan menidakkan yang batil. Saya dengan ini telah bersumpah dengan nama Allah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi mengikut cara yang dituntut oleh agama Islam, sepertimana yang telah dinasihatkan dan ditunjuk ajar oleh ulama dan mufti berkenaan saya telah diliwat oleh Anwar bin Ibrahim. Akad sumpah ini saya lakukan dengan kerelaan saya sendiri yang datangnya dari lubuk hati saya yang mendalam bagi menegakkan kebenaran sebagai seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu dan sebagai seorang rakyat Malaysia.Saya juga amat memahami bahawa sumpah dengan nama Allah ini, jika ia tidak benar dan merupakan satu ciptaan saya semata-mata atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa malapetaka dan bencana kepada saya, serta keluarga, keturunan saya selamanya oleh Allah SWT. Saya melakukan sumpah dengan nama Allah SWT kerana mahu membuktikan bahawa dakwaan saya amat benar dan oleh kerana itu, saya amat berani bersumpah. Ini jalan terbaik bagi saya mendapat keadilan di dunia dan akhirat dan mengembalikan maruah dan harga diri saya di mana hanya kepada Allah SWT tempat saya mengadu. Saya melakukannya kerana Allah SWT. Saya bersumpah di dalam rumah Allah yang mulia tadi bahawa saya telah diaibkan dan diliwat oleh majikan saya Anwar bin Ibrahim dan saya tidak memilih berdolak dalih dengan pelbagai alasan serta penipuan kepada seluruh masyarakat tentang isu dakwaan liwat saya ini seperti yang dibuat oleh Anwar bin Ibrahim.Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi menafikan dakwaan saya adalah tidak benar.

Sesi soalan jawab

Wartawan: Waktu angkat sumpah siapa saksi?

Peguam Zamri Idrus: Semua imam-imam Masjid Wilayah Persekutuan.

Wartawan: Ke mana hilang selama ini?

Mohd Saiful: Saya bukan menghilangkan diri tetapi mendiamkan diri untk mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah, dengan macam-macam, terutamanya sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi itulah alasan saya.

Wartawan: Kenapa Saiful pilih hari ini dan di Masjid Wilayah Persekutuan?

Mohd Saiful: Saya telah lama berniat nak buat ini tetapi ia perlukan satu kekuatan mental dan juga rohani kerana bersumpah ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara suka-suka kerana akibatnya dia boleh dilaknat. Alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan saya kekuatan dan saya bersumpah pada hari ini.

Wartawan: Adakah kerana esok penamaan calon di Permatang Pauh.

Mohd Saiful: Tidak, tidak, sama sekali.Wartawan: Bagaimana perasaan Saiful lepas bersumpah?

Mohd Saiful: Alhamdulillah, saya berasa lega dan buat pertama kalinya saya dapat memberanikan diri dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk berdepan dengan para wartawan.

Wartawan: Kamu bercadang berkempen di Permatang Pauh?

Mohd Saiful: This is not a political matter (ini bukan satu perkara politik), ini adalah dakwaan kes peribadi antara Anwar Ibrahim dan saya.

Wartawan: Tetapi ingat, tuduhan ke atas Anwar adalah suka sama suka?

Mohd Saiful: Saya ingin tegaskan di sini bahawa perkara itu berlaku tanpa kerelaan hati saya.

Wartawan: Ada yang kata lebih daripada sekali.

Mohd Saiful: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah.

Wartawan: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.

Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?

Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Serri Anwar Ibrahim ingin melaksanankan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

Wartawan: Besok penamaan calon, kenapa hari ini... saya harap kamu faham. Saya bukan nak buat apa-apa, tanya saja.

Mohd Saiful: Saya faham, secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding. Laporan saya itu pun 28 Jun, kita tak tahu dia akan bertanding bila. Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini. Dan hari ini hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah SWT.

Wartawan: Anwar kata masa itu dia ada saksi dan dia tak pernah keseorangan dengan Saiful pada masa tersebut.

Mohd Saiful: Itu kita tengoklah di mahkamah nanti.

Wartawan: Benar kamu buat laporan polis? Kamu ada salinan laporan polis?

Mohd Saiful: Saya nak tegaskan di sini, saya buat laporan polis 5.30 tetapi saya tengok dalam 6.30 dah terpapar di SMS dan lamanweb. Saya tidak tahu kenapa. Dan saya sendiri yang menulis laporan polis tersebut.

Wartawan: Adakah kamu bertemu Datuk Najib?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kalau Anwar melakukan sumpah, apa pandangan kamu?

Mohd Saiful: Ok tidak apa. Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya sudah lakukannya. Jikalau beliau hendak lakukan, terpulang kepada beliau sebab ia bukan tentukan sama ada salah atau tidak. Kita tengok di mahkamah nanti.Video angkat sumpah ditayangkan.

Mohd Saiful: Jumpa 10 haribulan nanti di mahkamah. Terima kasih.

Mohd Saiful kemudiannya beredar melalui pintu belakang dengan peguamnya dan tidak mahu menjawab lagi soalan wartawan.

Bangunlah Melayu Untuk Bersatu

Inilah wajah orang melayu yang cuba mempertikaikan hak orang melayu itu sendiri. 'Hidup Melayu', 'UiTM Milik Melayu' dan 'Jangan Jual Bangsa Melayu' inilah antara suara orang-orang melayu yang perlu dipertimbangkan oleh Abdul Khalid. Sejak mula menuntut kemerdekaan lagi orang-orang melayu telah diARAH berkongsi dan kita terima demi satu kemerdekaan yang MUDAH. Selepas 50 tahun kita terus melahirkan satu bangsa melayu yang tidak patriotik dengan mempertikaikan hak bangsanya sendiri. Dari dahulu hingga kini bangsa melayu begitu merendah diri dan biarkan orang lain memperkotakkatikkan bangsa dan agamanya. Marah dan sangat garang sehingga menggegar bumi bila berbalah sesama bangsa. Tetapi bangsa melayu akan berkata ‘ah! tak apalah’ bila bangsa lain mempersoalkan ‘Kontrak Sosial’ dan ‘ah! Tak apalah’ bila bumi sekecil pulau Batu Putih diambil orang ‘ah! Tak apalah’ bila agama islam dijadikan bahan untuk dikata-kata oleh orang bukan islam dan yang sangat menjijikkan, kita semua berkata ‘ah! Tak apalah’ bila bumi bertuah ini hendak dijadikan rumah babi. Mereka yang gunakan babi, tetapi kebanyakan bangsa melayu pula yang terpaksa hidu bau kumbahan najis babi. Bangunlah melayu untuk bersatu, selamatkam bumi melayu yang kecil ini. Janganlah kita asyik bersengketa, janganlah kita membocorkan bahtera merdeka. Takut kita akan karam tanpa baka.

Anwar Dan Sokongan Dari Luar


Semua Agensi Berita Asing Sokong Anwar. Kenapa Sokong Sangat Ni? Agensi ke Agen ni?


Akhbar Yahudi Pun Sokong Anwar Sama.
Wolfowitz adalah seorang yang berbangsa Yahudi dan mempunyai warganegara Israel. Wolfowitz ke yang arah akhbar itu sokong Anwar?

Akhbar Amerika Pun Sokong Anwar. Kenapa ini? Ada apa apa ke?


Anwar Jadi Pilihan Israel Untuk Jadi PM Malaysia. Apa maknanya semua ini?

Wan Azizah Banyak Menangis Kerana Anwar?

Wan Azizah Banyak Menangis Kerana Anwar?


Wan Azizah Menderita Kerana Anwar.



Di awal perkahwinan dulu, Wan Azizah pernah buat satu laporan polis mendakwa suaminya memukulnya. Malah selepas itu, Wan Azizah sendiri membuat laporan polis hinggakan Anwar ditangkap ISA. Wan Azizah banyak menderita kerana Anwar. Kali ini, suaminya mahu mencapai cita cita peribadinya. Mengejar puncak kuasa sebagaimana yang diinginkan oleh Amerika dan Israel. Demi suami, Kak Wan tersepit dan tertekan.

Wajah Wan Azizah Sembunyikan 10001 Perkara





Wan Azizah pernah bertekak dengan Anwar di Tropicana pada 28 Julai 2008, menyatakan apakah benar kejadian liwat berlaku lagi. Wan Azizah lepas jawatan pada suaminya demi cita cita peribadi Anwar. Apa yang pasti demi anak anak Wan Azizah berkorban untuk puaskan kehendak peribadi suaminya. Malah jawatan Presiden PKR yang dipegangnya pernah cuba dicabar oleh suaminya sendiri. Wan Azizah sebagai seorang ibu berada dalam dilema. Ihsan merajuk kerana perbuatan ayahnya.

Pelajar UiTM Protes Di Permatang Pauh

Pelajar UiTM protes di Permatang Pauh
Aug 15, 08 12:10pm


Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Permatang Pauh mengadakan perhimpunan aman memprotes cadangan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.Kumpulan penuntut itu yang turut memakai pakaian serba hitam, diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu, Mohd Faizal Zainol di Padang UiTM Permatang Pauh sejak jam 9 pagi selama sejam sambil menyanyikan lagu rasmi universiti serta lagu patriotik seperti 'Anak Kecil Bermain Api'. Menurut Bernama, mereka turut membawa pelbagai sepanduk bertulis 'Hidup Melayu', 'UiTM Milik Melayu' dan 'Jangan Jual Bangsa Melayu' sambil melaung-laungkan kemarahan terhadap Abdul Khalid. Perhimpunan itu berakhir selepas Mohd Faizal menyerahkan memorandum yang ditandatangani mereka kepada Timbalan Pengarah Bahagian Akademik UiTM itu Dr Mohd Abdullah Hemdi. Mohd Abdullah memberitahu pemberita bahawa memorandum itu akan diserahkan kepada Naib Canselor UiTM Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah untuk dikumpulkan sebelum diserahkan kepada Menteri Besar Selangor.Sementara itu Mohd Faizal berkata pelajar UiTM kesal dengan tindakan Abdul Khalid itu kerana sanggup mengemukakan syor yang dianggapnya menjual maruah bangsa di tanah air sendiri. "Kalau Abdul Khalid tidak tarik balik kenyataan beliau, semua warga UiTM akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Shah Alam."Kami berharap isu kuota bukan Bumiputera untuk masuk ke UiTM sebagai pelajar tidak perlu dibincangkan lagi. Kami kesal Abdul Khalid membelakangkan hak kaum sendiri," katanya. Semalam penuntut cawangan UiTM di enam kampus iaitu di Seri Iskandar (Perak), Arau (Perlis), Bandar Jengka (Pahang), Melaka, Sungai Petani (Kedah) dan Kuala Terengganu (Terengganu) mengadakan perhimpunan bantahan di seluruh negara. Penuntut di kampus induk di Shah Alam, Selangor dan cawangan di Machang, Kelantan mengadakan perhimpunan yang sama pada Rabu lalu.

Buku Suntingan Profesor UKM Diharam

Buku suntingan profesor UKM diharam
Aug 14, 08 1:55pm


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buah buku, termasuk karya seorang ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diterbitkan oleh Sisters-in-Islam (SIS).Buku-buku itu dilarang kerana "mengandungi fakta yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya", lapor Bernama hari ini.Buku terbitan SIS berjudul Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism suntingan Norani Othman, seorang profesor sosiologi di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Bangi.Buku setebal 215 halaman itu memuatkan 10 bab hasil karangan beberapa pemikir wanita Asia Tenggara dan Timur Tengah. Norani, bertindak sebagai penyunting karya tersebut, mengarang makalah pertama yang dijadikan judul buku berkenaan. Beliau bersama bekas pemimpin utama SIS Zainah Anwar menghasilkan bab terakhir 'Muslim women, the challenge of Islamic extremism and the way forward to building bridges between Southeast Asia dan the Middle East.'Makalah-makalah ini hasil perbincangan penyumbang- penyumbangnya di Bellagio, Itali pada 2003 dengan biaya Yayasan Rockefeller. Pertemuan pertama bermula di Kuala Lumpur pada Januari tahun itu.Selain dua penulis ini dan Toni Kasim dari Malaysia, penyumbang lain termasuklah Fatma Khafagy (Mesir), Kamala Chandrakirana (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Iran), Amina Lemrini El Ouahabi (Maghribi), Hoda Rouhana (Palestin), Norma A Maruhom (Filipina) dan Suzaina Kadir (Singapura).Ketua penolong setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Abdul Razak Abdul Latif berkata, sebuah lagi buku yang diharamkan bertajuk Pelik Tapi Benar Dalam Solat karya Abdul Rahman Mohamed."Kedua-dua buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya," kata KDN dalam kenyataannya hari ini.Menurut agensi berita itu lagi, beliau berkata sekiranya penerbitan berkenaan dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat.

Thursday, August 14, 2008

'Dayus' Jika Majlis Peguam Terlepas

'Dayus' jika Majlis Peguam terlepas
Aug 14, 08 12:35pm

Kerajaan dayus jika tidak menggunakan Akta Hasutan terhadap penganjur forum "Memeluk Islam" minggu lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Saya tidak rasa (wajar menggunakan) ISA. Lebih sesuai di bawah Akta Hasutan," katanya kepada media sebagai mengulas desakan agar pemimpin Majlis Peguam dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Akta Hasutan."Kita jangan dayus (untuk) menggunakan Akta Hasutan. Ini sudah dua kali dah (Majlis Peguam berbuat demikian)." Dalam ucapan sewaktu merasmikan program Himpunan Pelajar Melayu Merdeka di Shah Alam pagi ini, Dr Ahmad Zahid juga menyifatkan badan profesional guaman itu sebagai "kurang ajar" kerana menganjurkan forum yang mencabar isu Melayu. Beberapa pihak termasuk Umno, PAS dan Persatuan Peguam Muslim mendesak tindakan tegas dikenakan terhadap Majlis Peguam dengan alasan forum tersebut telah mencetuskan kekecohan. Selain mendesak kerajaan mengambil tindakan menggunakan ISA, sesetengah pemimpin termasuk Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dilaporkan mencadangkan penggunaan Akta Hasutan.Selain mengulas forum kontroversi berhubung Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Dr Ahmad Zahid juga mengecam cadangan Menteri Besar Selangor yang dianggapnya boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu."Jangan biarkan orang Melayu mengamuk," katanya.Ahad lalu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) agar menerima kemasukan 10 peratus pelajar bukan Bumiputera untuk meningkatkan lagi kemajuan institusi pengajian tinggi itu.Turut hadir di majlis anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu ialah Naib Canselor UiTM Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah dan presiden gabungan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican.Program itu diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan GPMS.

NGO Melayu/Islam Serah Memorandum Pada Agong

NGO Melayu/Islam serah memorandum pada Agong
Aug 14, 08 1:17pm


Lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong petang ini berhubung perkara-perkara yang menyentuh kepentingan orang Melayu.Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Nardin Awang.Katanya, kandungan memorandum tersebut, antara lain, menyentuh tentang kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Majlis Peguam.Menurutnya kira-kira 100 orang dijangka berhimpun di Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 4 petang ini.Selain GPMS, antara NGO lain yang dijangka menyertai perhimpunan petang ini ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Persatuan Kebajikan Dakwah dan Islamiyah Malaysia (Pekida) dan Alumni Kelab Umno.Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan supaya 10 peratus kuota kemasukan pelajar ke UiTM, diperuntukkan kepada pelajar bukan bumiputera.Abdul Khalid dilaporkan berkata, ia bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.Saranan beliau itu telah mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pelajar UiTM yang telah berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam untuk menyerah memorandum kepada Khalid sebagai membantah syor tersebut.Ekoran bantahan tersebut, Abdul Khalid berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan wakil pelajar (UiTM) berhubung saranannya itu untuk kebaikan bersama.Dan semalam, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM sedia mengadakan pertemuan dengan menteri besar Selangor itu, dengan beberapa syarat, termasuk ia dibuka kepada pihak media dan ia tidak diadakan dalam kawasan kampus bagi mengelak sebarang provokasi.Manakala Majlis Peguam pula telah menganjurkan forum awam 'memeluk Islam' Sabtu lalu yang mencetuskan bantahan badan NGO orang Melayu dan Islam.Forum tersebut terpaksa dihentikan lebih awal atas nasihat pihak polis ekoran umat Islam berhimpun di luar bangunan Majlis Peguam, membantah penganjuran forum tersebut yang sedang berlangsung di situ.

BPR Nafi Tampar Pengarah Perikanan

BPR nafi tampar pengarah perikanan
Aug 13, 08 8:01pm


Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kelantan hari ini menafikan dakwaan berhubung laporan polis yang dibuat oleh pengarah Jabatan Perikanan Kelantan yang mendakwa ditampar di kedua-dua belah pipinya semasa dalam tahanan reman agensi itu. Pengarahnya, Mohd Jaafar Hussen berkata dakwaan Abdullah Jaafar, 56, ia tidak benar sama sekali, bahkan melalui siasatan dalaman yang dilakukan terhadap pegawainya, mendapati tiada berlaku kejadian sebagaimana yang didakwa itu. "Dakwaan itu palsu dan tidak benar. Saya sendiri telah menjalankan siasatan dalaman terhadap kesemua pegawai BPR yang terlibat semasa sesi soal siasat bersama Abdullah pada 5 Ogos sebagaimana yang didakwanya. "Bagaimanapun hasil siasatan mendapati tidak pernah perkara itu (menampar Abdullah) berlaku dan saya percaya pegawai-pegawai BPR bertindak secara profesional dan beretika," katanya, demikian menurut laporan Bernama. Berikutan itu Mohd Jaafar berkata, beliau telah menghantar wakil BPR Kelantan untuk membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan itu.Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu kira-kira jam 4 petang ini oleh beberapa orang pegawai BPR. "Laporan itu bagi pihak jabatan BPR dan pihak kita akan menyerahkan semuanya kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut," kata Mohd Jaafar. Jaafar turut menafikan dakwaan Abdullah bahawa BPR tidak memberi layanan yang baik terhadapnya sepanjang tahanan reman itu, bahkan tidak mengendahkan Abdullah yang telah memaklumkan mengenai penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihidapinya. "Dia (Abdullah) dah beritahu pasal penyakitnya dan saya sendiri berpesan kepada pegawai supaya menjaganya dengan baik," katanya. Jaafar menegaskan bahawa BPR sentiasa bersikap adil dan profesional dalam menjalankan tugas dan tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Semalam yang Abdullah yang dibebaskan dengan jaminan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu kelmarin, membuat laporan polis dengan mendakwa beliau ditampar dan tidak diberi layanan baik oleh pegawai BPR semasa ditahan reman. Abdullah ditahan reman oleh BPR pada 4 Ogos lalu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan projek kerajaan persekutuan di Kelantan.

Dr. M: Zahid 'Beri Muka' Pada Majlis Peguam

Dr M: Zaid 'beri muka' pada Majlis Peguam
Aug 13, 08 6:53pm


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Majlis Peguam Malaysia - setelah diberi "muka" oleh de-facto Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim dan beranggapan yang kerajaan sekarang takut pada mereka - sanggup juarai semua isu yang sensitif."Selain menuntut mereka pilih hakim, mereka bangkitkan perkara sensitif seperti kontrak sosial dan agama Islam," tulis Dr Mahathir dalam blognya Chedet.com.Katanya, Barisan Nasional (BN), sejak di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan sejak Zaid (foto) menjadi de-facto Menteri Undang-Undang, cuba menawan hati Majlis Peguam dengan memberi kuasa kepada ahli majlis memilih hakim, dan memberi sagu hati kepada bekas-bekas hakim yang disingkir.Mantan presiden Umno itu berkata, Majlis Peguam Malaysia juga menjadi begitu garang sekali."Apabila hakim Ian Chin tuduh saya kononnya ugut hakim-hakim, Presiden Majlis Peguam, (Datuk) Ambiga Sreenivasan, desak supaya kerajaan siasat saya."Saya salahkan kerajaan kerana sikap angkuh Majlis Peguam dan membelakangkan persefahaman yang dibuat dahulu," tulis mantan perdana menteri itu.

'K'jaan jangan takut'

Sepatutnya, tulis beliau, kerajaan melarang majlis berkenaan pengislaman anjuran Majlis Peguam, diadakan. "Tetapi sebaliknya, kerajaan biarkan rakyat protes. Protes boleh dihalang tetapi hati dan perasaan mereka yang memprotes dan lebih ramai lagi yang bersependapat dengan mereka terus meluap dan marah.
Kemungkinan ialah perasaan marah ini akan meningkat kerana keangkuhan Majlis Peguam Malaysia yang masih ingin mengadakan majlis yang serupa pada masa terdekat," tambahnya.Dr Mahathir berkata, jika perkara sensitif perlu dibincang, "bincanglah dalam keadaan tertutup dan melibat hanya beberapa pemimpin yang bertanggungjawab sahaja". "Hasilnya tidak perlu diheboh tetapi diserah kepada kerajaan. Kerajaan pula janganlah takut dan utamakan populariti peribadi sahaja tetapi hendaklah fikir berkenaan kepentingan negara," tambahnya.Menurutnya, selepas rusuhan kaum tahun 1969, pemimpin ketiga-tiga kaum di Malaysia bersetuju bahawa perkara sensitif seperti kedudukan Raja-Raja, bahasa rasmi, hak kaum-kaum, agama Islam sebagai agama rasmi, tidak akan dibincang atau dibahas secara terbuka. "Sebabnya ialah kemungkinan perbincangan akan membakar hati pihak-pihak yang tersentuh yang boleh membawa kepada kestabilan negara terancam dan rusuhan kaum berlaku."Semua kaum dan pemimpin mereka menghormati persefahaman ini semasa Tun Razak (Hussein), Tun Hussein (Onn) dan semasa saya menjadi perdana menteri. Ada juga cabaran terhadap persefahaman ini tetapi tidak serius dan dapat ditangani," katanya.

Hak untuk mengundi

Dr Mahathir berkata, mungkin persefahaman itu menidakkan hak dalam demokrasi tetapi menurutnya, "demokrasi adalah untuk kebaikan kita bukan kebaikan bagi diri kita harus dikorban untuk demokrasi".
"Kita tidak harus berasa malu kerana demokrasi kita kurang liberal dari demokrasi sesetengah negara maju. Apa yang baik bagi mereka tidak semestinya baik bagi kita."Yang utama dalam demokrasi ialah hak mengundi bagi rakyat bagi menentukan siapa membentuk kerajaan. "Di Malaysia memang rakyat memiliki hak ini dan sehingga kini boleh menggunanya untuk tentukan siapa menjadi Kerajaan."Jika kita ada sekatan tertentu untuk mententeram dan menjaga negara, kita harus terima," tambah Dr MahathirBagaimanapun, kata beliau, sekiranya ada yang melihat bahawa kerajaan lemah dan tidak dapat mempertahan persefahaman yang dipersetujui dahulu, maka mereka mencabul persefahaman ini."Negara akan hilang kestabilannya. Yang akan jadi mangsa ialah rakyat berbilang kaum negra ini," tambahnya.


UiTM: MB S'gor, jangan kacau kami
Aug 13, 08 12:21pm

Naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) meminta Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak mencampuri urusan pentadbiran pusat pengajian tinggi untuk Bumiputera itu.Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah berkata Abdul Khalid boleh menggunakan Universiti Industri Selangor (Unisel), kolej-kolej komuniti dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta lain jika mahu menolong golongan bukan Bumiputera.Beliau menyifatkan kenyataan Abdul Khalid baru-baru ini supaya 10 peratus kuota kemasukan ke UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera dan pelajar asing sebagai "berunsur politik semata-mata".Dr Ibrahim berpendapat menteri besar Selangor menggunakan isu itu bagi meraih sokongan orang bukan Melayu, seolah-olah kerajaan Pakatan Rakyat ini baik dan hendak menolong golongan berkenaan, lapor Bernama."UiTM merupakan salah satu daripada hak-hak istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan Canselornya ialah Yang di-Pertuan Agong sendiri."Apa yang pelik ialah isu pembukaan (kemasukan) ke institusi pengajian untuk Bumiputera ini kepada bangsa asing dibangkitkan oleh seorang Melayu sendiri, bukannya bangsa asing," naib canselor itu dipetik sebagai berkata dalam sidang media semalam.Cadangan Abdul Khalid untuk menambahkan kuota bukan Bumiputera bagi menjadikan pelajar UiTM lebih mesra kepada masyarakat berbilang bangsa di luar kehidupan kampus dan kemudian menyediakan mereka kepada suasana pekerjaan dan meningkatkan daya saing hanyalah pandangan ahli politik itu dan bukannya fakta, kata Dr Ibrahim."Kes dia ini (Abdul Khalid) pada anggapan saya mungkin ada kaitan dengan pilihan raya kecil akan datang di Pulau Pinang (kawasan parlimen Permatang Pauh) supaya semua orang Melayu menyokong (penasihat PKR, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan menang agaknya."Saya mungkin silap (tetapi) rayuan saya kepada rakan-rakan bukan Melayu supaya jangan mudah terpengaruh dan jangan berfikir secara sempit," katanya.Ratusan pelajar UiTM telah berhimpun di depan bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pagi semalam bagi menyerahkan memorandum bantahan mereka mengenai isu itu kepada Abdul Khalid.Dr Ibrahim menambah, beliau percaya kira-kira 119,000 penuntut UiTM di seluruh negara dan 350,000 ahli alumninya juga tersinggung atau marah dengan kenyataan Abdul Khalid."Insya Allah saya akan mengadap Canselor (UiTM) Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memaklumkan baginda mengenai perkembangan ini," katanya, lapor agensi berita itu lagi.

Arif Mahu Jadi "Giant Killer" Saingi Anwar


Calon dengan nama yang bermula huruf 'A' sudah pasti akan bertembung. Yang menarik, Datuk Arif Shah Omar Shah (gambar) merupakan 'anak buah' Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lebih sedekad lalu.Kali in mereka akan bertemu semula dari sudut yang berlainan - masing-masing sebagai calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rayat.Beliau merupakan satu-satunya calon BN menguasai salah satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Permatang Pauh pada pilihan raya umum lalu.Dengan itu beliau mewarisi harapan agar mendapatkan semula kerusi Permatang Pauh.Di sebalik kesibukan merebut jawatan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Arif Shah kini menjadi tumpuan seluruh negara sejak malam tadi selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) menawan kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh."Saya sudah bersedia untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mungkin popular, tetapi saya tidak bimbang dengan beliau."Saya akan jadi giant killer kali ini. Saya mengenali beliau dari dulu lagi. Saya merupakan Ketua Pemuda Umno semasa Anwar menjadi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh," kata beliau selepas diumumkan sebagai calon Umno dan BN bagi pilihan raya kecil kawasan Permatang Pauh.Anwar merupakang bekas wakil rakyat Permatang Pauh - dari 1982 hingga 1999 dan diketuai isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding kali pada pilihan raya umum 1999.Semalam ketika mengumumkan calon BN, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN serta Timbalan Presiden Umno berkata, pemilihan Ariff Shah, 52, dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor tempatan dan semasa.Kata Najib, beliau adalah calon terbaik menentang Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk merebut kerusi kawasan parlimen berkenaan. Anwar pula ketika dihubungi mStar Online untuk mendapatkan ulasan mengenai pemilihan Ariff Shah berkata beliau akan mengadakan sidang media waktu terdekat.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan pengunduran penyandangnya Dr. Wan Azizah yang juga Presiden PKR pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga penasihat parti itu.Penamaan calon ialah pada Sabtu ini.Kerusi Parlimen Permatang pauh meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang iaitu Seberang Jaya yang diwakili oleh Arif Shah, Permatang Pasir (diwakili Hamdan Abd Rahman dari PAS) dan DUN Penanti, yang diwakili oleh Timbalan KetuaMenteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR.Ariff Shah mula terpilih sebagai ADUN Seberang Jaya pada pilihan raya umum 2004 dengan mengalahkan calon PKR Dr Mansor Othman dengan majoriti 4,464 undi.Pada pilihan Mac lepas beliau mengekalkan kerusi DUN itu untuk penggal kedua menewaskan calon PKR Ramli Bulat dengan majoriti 533 undi.Pemilihan Ariff Shah juga adalah atas faktor kemenangannya mempertahankan kerusi DUN Seberang Jaya pada pilihan raya umum lepas.Ariff Shah dilahirkan di Pulau Pinang dan berpendidikan sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Cina di Perak, Terengganu dan Kuala Lumpur.Beliau petah berbahasa Mandarin dan Hokkien dan kefasihannya bertutur bahasa itu menyebabkan ramai kaum Cina kagum dengan ucapannya.Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Seberang Jaya dan ketua penerangan tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam parti pada pemilihan lepas.

Monday, August 11, 2008

Jawatankuasa Selesai Pertikaian Isu Peluk Islam

J/kuasa selesai pertikaian isu peluk Islam
Aug 10, 08 6:59pm


Pertikaian dan tuntutan yang timbul ekoran perceraian apabila salah seorang pasangan memeluk Islam boleh diselesaikan melalui rundingan dalam Jawatankuasa Bersama Peguam Syarie dan Sivil, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata perbincangan melibatkan tuntutan harta sepencarian, tuntutan penjagaan anak dan perkara berkaitan akan dibuat secara tertutup dalam kamar antara pasangan terlibat dengan peguam masing-masing (peguam syarie dan sivil). "Perkara ini tidak akan didedahkan kepada masyarakat umum kerana ini akan mengundang interpretasi yang pelbagai dan implikasi negatif," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur. Menurut laporan Bernama, Ahmad Zahid berkata cadangan rundingan seumpama itu adalah antara rumusan yang dibuat jawatankuasa terbabit bagi menyelesaikan masalah berbangkit yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Sivil. Katanya rundingan sebegitu dipraktikkan oleh banyak negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan kepelbagaian agama. Selain itu, Ahmad Zahid berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan jabatan agama Islam lain memang bekerjasama dengan semua pihak termasuk majlis agama Islam negeri dan Mahkamah Syariah negeri untuk menangani masalah berkaitan. Beliau menegaskan bahawa Majlis Peguam tidak perlu campur tangan dalam hal tersebut seperti yang cuba dilakukannya semalam dengan penganjuran forum memeluk Islam yang terpaksa ditamatkan lebih awal selepas mendapat bantahan meluas pelbagai pihak termasuk badan bukan kerarajaan (NGO) dan organisasi Islam lain.Cadang dapatkan permit "Memang apa pun sistem yang ada, ada kelemahan tetapi tidak mustahil untuk kita boleh memperbaikinya tetapi bukan dengan cara menyanggah daripada orang lain (merujuk kepada Majlis Peguam) yang tidak patut mencampuri hak dalam hal ehwal kita. "Mereka boleh memberi pandangan tetapi biarlah dengan bijaksana bukan dengan bersikap kurang ajar seperti yang ditunjukkan (dalam forum itu)," katanya. Ahmad Zahid berkata pada masa akan datang beliau berharap sebelum sesuatu forum atau seminar yang menyentuh hak orang Melayu dan agama Islam dibenarkan dan permit dikeluarkan, pihak polis hendaklah mendapatkan pandangan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) terlebih dahulu. Ahmad Zahid berkata kedegilan Majlis Peguam harus diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana dikhuatiri mereka akan membangkitkan isu yang lain selepas ini. Beliau berkata ia menampakkan usaha seolah-olah mahu mempertikaikan apa yang telah diperundangkan organisasi Islam dan institusi Islam yang sedia ada. "Kita berharap biar pun jika terdapat beberapa kelonggaran atau kelemahan dalam undang-undang atau organisasi yang melaksanakan perundangan ini ia harus dibincangkan dengan kami bukan dengan membangkitkan dalam satu forum terbuka dengan memanggil wartawan luar negara. "Ini satu agenda tersembunyi yang mahu menghina Islam, saya fikir ini bukan satu jalan mencari penyelesaian tetapi memburukkan orang lain. Kebetulan penganjur membawa kes contoh dan saya tidak fikir tiada agenda tersembunyi," katanya. Ahmad Zahid berkata jika Majlis Peguam betul-betuk ikhlas, pihaknya bersedia untuk membuka pintu dan membincangkan perkara-perkara yang mereka cuba bangkitkan.

Sunday, August 10, 2008

Majlis Peguam Jangan Bermain Api

BANTAH... Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan mengawal keadaan di luar Ibu Pejabat Majlis Peguam, Jalan Lebuh Pasar, Kuala Lumpur, semalam, apabila kira-kira 1,000 orang mewakili NGO dan parti-parti politik berkumpul bagi mendesak Forum Memeluk Islam dibatalkan. – Gambar MOHD. NAIM AZIZ
KUALA LUMPUR 9 Ogos -
Forum kontroversi ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam yang diteruskan juga hari ini ditamatkan kira-kira pukul 10 pagi iaitu tiga jam lebih awal daripada jadual bagi mengelakkan kejadian tidak diingini ketika bantahan keras daripada pelbagai pihak semakin memuncak.
Forum yang bermula pukul 8.45 pagi di ibu pejabat Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar di sini, pada awalnya berlangsung dalam suasana tenang dengan sesi pertama melibatkan tiga wakil keluarga bukan Islam dengan penuh emosi menceritakan ‘penderitaan’ mereka.
Dua daripada wakil berkenaan sambil menangis teresak-esak menceritakan masalah yang timbul apabila bapa mereka memeluk Islam dan mengabaikan tanggungjawab memberikan nafkah kepada keluarga.
Wakil ketiga yang merupakan wanita Jerman yang mengaku tidak percaya kepada mana-mana agama melahirkan rasa kesal kerana mendakwa dua lelaki Islam yang pernah dinikahi tidak bertanggungjawab apabila menceraikannya dan mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga tiga anak mereka.
Sesi pertama yang sepatutnya diteruskan dengan soal jawab daripada kira-kira 150 hadirin terpaksa dibatalkan apabila Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga bangun kira-kira pada pukul 9.40 pagi untuk memaklumkan bahawa beliau telah dinasihati oleh polis supaya menamatkan majlis itu lebih awal atas faktor keselamatan.
Pada ketika itu, kira-kira 1,000 ahli Majlis Angkatan Antara Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (Mapan), UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan demonstrasi di pekarangan bangunan Majlis Peguam dengan membawa sepanduk menentang program berkenaan.
Pada sepanduk berkenaan tertera perkataan ‘Hidup Islam, Batal Forum’, ‘Jangan Cabar Islam’ dan ‘Majlis Peguam Jangan Bermain Api’.
Mereka juga mengancam untuk menyerbu masuk ke dalam dewan sekiranya forum itu tidak ditamatkan segera.
Selepas pengumuman Ambiga itu, forum berkenaan diteruskan dengan sesi panel membabitkan tiga peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, Ravi Nekoo dan K. Shanmuga.
Mereka membincangkan tentang Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan umat Islam di negara ini.
Ahli panel juga membincangkan kes R. Subashini dan S. Shamala yang menghadapi pelbagai masalah setelah suami mereka memeluk Islam dan mendapatkan hak penjagaan anak-anak melalui Mahkamah Syariah.
Mohamed Haniff mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam kes Subashini manakala Shanmuga adalah peguam kepada wanita itu sementara Ravi pula mewakili Shamala di mahkamah.
Pengantara bagi sesi panel dan forum berkenaan ialah wakil Pusat Bagi Perubahan Wanita, Zarizana Abdul Aziz.
Dua lagi ahli panel ialah Pengarah Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Wan Azhar Wan Ahmad dan bekas Hakim Syarie, Dr. Naim Mokhtar yang sepatutnya memberi penjelasan mengenai aspek perundangan Islam menarik diri pada saat-saat akhir.
Sesi kedua forum itu bagaimanapun, hanya dapat berlangsung selama 10 minit sahaja apabila kira-kira 15 orang yang terdiri daripada wakil Mapan dan parti politik yang diiringi pegawai polis masuk ke dalam dewan dan menggesa forum itu ditamatkan tepat pukul 10 pagi.
Tindakan mereka yang berkumpul di hadapan pentas, menyebabkan berlaku pertikaman lidah antara hadirin dan wakil-wakil NGO yang membantah forum berkenaan.
Keadaan itu menyebabkan pegawai polis terpaksa bertindak tegas meminta semua pihak diam bagi membolehkan Ambiga membuat ucapan penutupan.
Presiden Majlis Peguam itu dalam ucapannya menjelaskan pihak penganjur menghormati pandangan semua pihak dan hak setiap individu untuk bersuara.
‘‘Kami tidak bergaduh dengan sesiapa dan saya mengumumkan forum ini ditutup,” katanya.
Katanya, beliau juga tidak akan membuat laporan polis terhadap pihak-pihak yang telah bertindak mengganggu forum itu.
Sementara itu, demonstrasi yang diadakan di luar pekarangan bangunan pejabat Majlis Peguam sejak pukul 8.30 pagi itu semakin ‘panas’ apabila bilangannya meningkat kepada 1,000 orang pada pukul 9 pagi.
Lebih 100 anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di tempat kejadian sementara Jalan Lebuh Pasar Besar di hadapan pejabat majlis itu terpaksa ditutup atas faktor keselamatan.
Keadaan itu memaksa Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman mengambil keputusan untuk berbincang dengan pihak Majlis Peguam pada pukul 9.15 pagi.
Turut bersama Zulkarnain masuk ke pejabat Majlis Peguam ialah Ketua Penerangan Alumni Kelab UMNO Luar Negara, Mohd. Nazari Ahmad; Naib Presiden GPMS, Jais Abd. Karim; Setiausaha Pekida, Sharil Aziz dan Ahli Exco Peguam Pembela Islam Malaysia, Zulkifli Nordin.
Pada pukul 9.30 pagi, Zulkarnain dan wakil-wakil NGO terbabit turun dari pejabat Majlis Peguam itu dan kelihatan berbincang sekali lagi di dalam sebuah kereta.
Kira-kira setengah jam selepas itu, Jais mengumumkan pembatalan forum berkenaan di hadapan para peserta piket dan disambut dengan bacaan doa.
“Kita akan pastikan semua peserta forum ini pulang dan tidak lagi mengulangi forum yang menyentuh agama Islam pada masa depan,” tegasnya.
Zulkarnain ketika ditemui berkata, kawalan keselamatan di sepanjang piket itu berjalan dengan baik dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
“Saya terpaksa adakan perbincangan antara kedua-dua belah pihak kerana ancaman (ugutan peserta piket untuk merempuh pintu pejabat) yang semakin meningkat.
“Pada pertemuan itu, saya nasihatkan agar forum ini dihentikan. Mereka (Majlis Peguam) menerima dengan baik serta bersikap profesional dan saya berterima kasih,” katanya.
Difahamkan, perbincangan itu diadakan dengan Ambiga dan Naibnya, Ragunath Kesavan.
Beliau memberitahu, semasa perbincangan itu diadakan, forum tersebut baru sahaja bermula.

Pas Bantah Forum Memeluk Islam

Pas bantah forum Memeluk Islam
KUALA LUMPUR 7 Ogos -

Pas membantah keras keputusan Majlis Peguam untuk meneruskan penganjuran forum awam bertajuk Memeluk Islam kerana jelas ia boleh mencetuskan ketegangan agama dan kaum di negara ini.Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, usaha Majlis Peguam itu yang hanya bersumberkan kepada fahaman sekular sudah tentu akan terseleweng daripada pemahaman sebenar mengenai Islam.Keadaan tersebut jika dibiarkan, katanya, akan merugikan negara dan oleh itu demi kestabilan hubungan agama serta kaum, Pas menggesa pihak Majlis Peguam membatalkan forum berkenaan.''Forum ini jika diteruskan mampu mencetuskan syak wasangka yang akhirnya boleh mengakibatkan berlaku ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara.''Sekiranya ini yang berlaku, ia sudah pasti akan menjejaskan keharmonian negara dan akan merugikan semua pihak,'' kata beliau dalam kenyataannya, di sini hari ini.Beliau mengulas keputusan Majlis Peguam untuk meneruskan Forum Memeluk Islam pada 9 Ogos ini meskipun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran kepada majlis itu supaya tidak 'bermain api'.Setiausahanya, Lim Chee Wee berkata, forum tersebut tidak sensitif kerana ia hanya bertujuan untuk mengkaji kesan yang dihadapi pasangan dan anak mereka apabila salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam.Rentetan daripada kenyataan Syed Hamid itu, pelbagai pihak mendesak Majlis Peguam supaya membatalkan penganjuran forum awam bertajuk Memeluk Islam kerana ia dikhuatiri menggugat keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.Abdul Hadi berkata, Pas mengakui mengenai hak kebebasan bersuara iaitu memberikan jaminan kepada semua pihak untuk berdialog dan berbincang berhubung isu-isu kepentingan umum.''Namun, ia tidak boleh menyentuh isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan Islam. Agama Islam adalah sesuatu yang mutlak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dan dipelihara oleh perlembagaan negeri-negeri,'' katanya.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Islam adalah agama yang menjanjikan kebaikan buat semua pihak dan sehubungan itu, sebarang perbincangan mengenainya perlu melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa.Kata Abdul Hadi, Islam berdiri berasaskan kepada sumber-sumbernya sendiri dan setiap perbincangan wajib berteraskan sumber ilmu serta hukum yang telah ditetapkan.''Atas asas ini juga, Pas berpandangan inisiatif Majlis Peguam yang jelas bersumberkan fahaman sekular hanya akan menyebabkan penyelewengan pemahaman terhadap Islam.''Yang jelas, ia boleh mencetuskan konflik dan akhirnya ketegangan yang tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak,'' katanya.

Dr. M: Anwar Akan Menang Di Permatang Pauh


Dr M: Anwar akan menang di Permatang Pauh

Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai calon "istimewa" yang mampu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada26 Ogos ini.Menurut bekas Perdana Menteri itu, Penasihat PKR itu akan memenangi pilihanraya tersebut kerana ia merupakan kubu kuat beliau di samping BN juga sudah hilang kredibiliti setelah gagal menawan kawasan berkenaan pada beberapa pilihanraya umum lalu."Ketika ini, saya tidak nampak sesiapa (calon), tentunya dari BN. Anwar akan menang. (Tapi) apa yang menarik ialah margin. Sama ada (undi) lebih besar dan lebih kecil dari apa yang beliau (Anwar) dapat pada masa lalu," katanya ketika ditanya mengenai pandangan beliau berhubung calon yang mampu menentang Anwar dalam pilihanraya tersebut.Sebelum itu, Dr Mahathir menyampaikan syarahan di forum bertajuk "Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu" anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini. Mengulas lanjut, beliau berkata jika Anwar memperolehi majoriti yang lebih besar, ia tidak bermakna bahawa bekas timbalan perdana menteri itu semakin popular dan mendapat sokongan rakyat.Sebaliknya, Bernama memetik bekas perdana menteri itu sebagai berkata ini menunjukkan bahawa BN khususnya Umno sudah semakin tidak diterima rakyat."Jika majoriti undi yang diperolehi Anwar kurang...Umno boleh terus ke depan (untuk kembali mendapat sokongan rakyat)," katanya.Calon bebasDitanya mengenai pandangan sesetengah pihak supaya beliau bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya kecil itu, Dr Mahathir berkata: "Tak mungkin. Saya telah berundur pada 2003 dan saya telah kata saya tidak akan datang semula. Tetapi saya punya hak sebagai warga untuk membuat ulasan mengenai negara saya".Beliau berkata jika terdapat calon Bebas bertanding dalam pilihanraya kecil itu, ia akan hanya memecahkan undi calon BN dan PKR. "Terpulang siapa (calon Bebas) yang bertanding. Kalau dia dari serpihan PAS, kemungkinan ia akan mengurangkan undi kepada Anwar...kalau dia bekas Umno, maka dia akan menambah kelebihan undi kepada Anwar. Tetapi tidak ada kemungkinan calon Bebas ini akan menang," katanya.Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan kekal sebagai presiden Umno walaupun Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk merebut jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Disember ini. "Ku Li (Tengku Razaleigh) harus menilai sokongan ahli. Saya dapati cuma di peringkat rendah (akar umbi) yang menyokongnya. (Sebaliknya) Pak Lah mendapat sokongan dari ketua-ketua bahagian Umno sehingga mereka tidak boleh buka mulut sama sekali."Dulu mereka (ketua bahagian) yang pernah cabar Datuk Seri Abdullah, sekarang senyap...saya fikir susah (bagi Tengku Razaleigh untuk menang). "(Bagaimanapun) dalam parti Pak Lah akan menang tetapi dalam pilihanraya, dia akan kalah," katanya.-malaysiakini

Saturday, August 9, 2008

Majlis Peguam Konon!



Majlis Peguam perlu sangat berhati-hati dengan tindak-tanduk mereka. Jangan sekali-kali mencabar maruah Islam dan jangan cuba mempersendakan bangsa Melayu. Di Malaysia mereka sangat bertuah untuk golongan seperti ini, itu sebabnya mereka kini seperti "kadok naik junjung". Sangat berharap Majlis Peguam jangan timbulkan kemarahan golongan majoriti ini sebab kita bimbang kemarahan boleh mendatangkan keburukan kepada semua. Bangsa Melayu sudah banyak berkorban untuk bangsa lain, agama Islam telah banyak tercemar kerena untuk sebuah negara majmuk konon.


JANGAN TIMBULKAN KEMARAHAN BANGSA MELAYU DAN UMAT ISLAM.......SABAR ADA BATASNYA!!!!!!

NGO Islam Anjur Demonstrasi

NGO Islam anjur demonstrasi
Oleh AMRAN MULUP

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Majlis Angkatan Antara Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (Mapan) akan mengadakan demonstrasi membantah penganjuran forum Memeluk Islam di hadapan pejabat Majlis Peguam di Jalan Lebuh Pasar Besar di sini pagi esok.
Naib Presiden Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Rani berkata, kesemua ahli Mapan yang terdiri daripada 27 persatuan dan NGO Islam telah bersetuju mengadakan demonstrasi kerana Majlis Peguam masih berdegil untuk meneruskan forum tersebut.
"Kami tidak dapat bertahan dengan sikap degil Majlis Peguam kerana mereka tidak mempedulikan bantahan daripada masyarakat Islam.
"Bukan setakat surat telah dikirim, hari ini kami menghantar satu memorandum ke pejabat Majlis Peguam tetapi amat menyedihkan tidak ada ahli jawatankuasa mereka berada di pejabat,'' kata Jais kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Majlis Peguam di sini hari ini.
Kira-kira 100 orang mewakili lima persatuan dan NGO Islam berarak secara aman ke pejabat Majlis Peguam selepas solat Jumaat untuk menyerahkan memorandum tersebut. Sebelum itu mereka berkumpul di Masjid Jamek.
Persatuan-persatuan itu terdiri daripada GPMS, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Rakyat Islam Muslim Malaysia (IRIM), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Sambil berarak, mereka merentangkan sepanduk tertera perkataan Awas Bar Council Jangan Main Api, Jangan Cabar Kesucian Agama Islam dan Step Down Get Lost.
Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tempoh setengah jam demonstrasi secara aman itu yang turut dikawal oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Mengulas lanjut, Jais berkata, isi kandungan memorandum yang diserahkan kepada Majlis Peguam itu antara lain meminta badan guaman itu membatalkan forum Memeluk Islam yang dirancang diadakan esok demi menghormati kesucian agama Islam.
Jika gagal berbuat demikian sehingga petang ini, tegas beliau, Mapan akan menggembleng orang ramai berkumpul di hadapan pejabat Majlis Peguam di sini seawal pukul 8 pagi.
"Kami akan bersembahyang subuh di Masjid Jamek dan selepas itu kami akan beramai-ramai berkumpul di hadapan pejabat Majlis Peguam bagi menghalang forum tersebut diadakan,'' katanya.
Sementara itu, Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof berkata, tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum Memeluk Islam hanya akan mengundang reaksi negatif masyarakat berbilang agama di negara ini.
"Bagi kami, forum ini wajar dihentikan demi kebaikan semua pihak kerana memang jelas Majlis Peguam cuba memainkan sentimen perkauman,'' katanya.
Jamaluddin menyeru seluruh masyarakat Islam mengadakan demonstrasi secara aman esok.
Antara ahli-ahli Mapan yang akan menyertai demonstrasi itu ialah Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Jawatankuasa Penyelaras Perikatan NGO Islam (ACCIN), Persatuan Al-Hidayah, Belia Perkim, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persatuan Al-Hunafa dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia.
Turut sama ialah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Yayasan Kerjaya Malaysia, Kelab Cinta Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Persatuan Penjaja Kecil Wilayah Persekutuan.

Rayuan Personaliti TV3 Ditolak


Rayuan personaliti TV3 ditolak
Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA 8 Ogos - Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk menguatkuasakan satu penyelesaian perjanjian agar seorang ahli perniagaan membayarnya pampasan RM5.5 juta selepas lelaki itu gagal menunaikan janji untuk menikahinya.
Hos program Jalan-Jalan Cari Makan itu memfailkan tindakan undangundang terhadap Datuk Wan Johani Wan Hussin, 55, pada 2004 untuk mendapat perintah mahkamah bagi menguatkuasakan penyelesaian perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua mereka.
Bagaimanapun, defendan menyatakan, perjanjian tersebut tidak sah kerana Maria, 38, tidak ada kapasiti untuk membuatnya kerana dia sudah berkahwin pada masa itu.
Panel tiga hakim diketuai Datuk James Foong ketika menolak rayuannya dengan kos turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menggugurkan samannya terhadap Wan Johani.
Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdull Hamid Embong dan Hakim Datuk Sulaiman Daud dalam penghakimannya berpuas hati bahawa tuntutan Maria perlu ditolak kerana tidak wajar bagi seorang wanita yang telah bernikah, mengahwini lelaki lain.
''Seksyen 14(1), Akta UndangUndang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 jelas menyatakan demikian," ujar Hakim Foong ketika membacakan penghakiman tersebut.
Menurut beliau, mahkamah mendapati, penyelesaian perjanjian itu dengan sendirinya terbatal seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 24(a) Akta Kontrak kerana pihak yang membuatnya bukan entiti yang sah di sisi undang-undang.
''Panel ini sebulat suara berpendapat, saman itu harus ditolak atas alasan yang cukup jelas kerana penyelesaian perjanjian tersebut tidak sah dan terbatal," ujarnya.
Pada 22 Februari tahun lalu, Penolong Pendaftar Kanan menggugurkan saman tersebut selepas berpuas hati bahawa kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana kedua-dua pihak beragama Islam dan isu yang dibangkitkan melibatkan perkahwinan.
Peguam Karpal Singh yang mewakili Maria memberitahu, pihaknya akan memfailkan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan. Wan Johani diwakili peguam Anthony Gomez.

Penduduk Mukim Entilibon - Masalah Babi

Jangan jadikan kami mangsa pencemaran najis khinzir:
Penduduk Mukim Entilibon
8th August, 2008


SANDAKAN: Jangan jadikan kami mangsa pencemaran najis khinzir serta kehilangan tanah warisan kami semata-mata ma-hu mengusahakan ladang ternakan khinzir di Entilibon ini,” itulah desakan lebih 2,000 penduduk di Mukim Entilibon kira-kira 130 kilometer dari bandar ini.
“Kami tetap membantah pembukaan ladang ternakan khinzir di tanah kami dan kami akan pertahankan tanah ini demi nasib generasi depan kami,” kata Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Kampung Simpang Entilibon, Sa-mon Unau, 54.
Katanya, apa yang membimbangkan penduduk di kawasan kampung ini, ladang ternakan ladang khinzir yang kini memulakan fasa pertama dengan membuka tanah di keluasan 500 ekar sejak awal tahun ini, dari jumlah 70 peratus ladang ternakan itu kelak adalah kawasan perkampungan penduduk berketurunan Idaan dan Sungai Kinabatangan.
Pelbagai cara dan pendekatan dibuat oleh penduduk melalui bantahan ke Pejabat Pertanian dan Ternakan di Kota Kinabalu termasuk menemui menteri bertanggungjawab serta wakil rakyat dan terbaru pada Rabu (kelmarin), ra-yuan kini di hadapan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.
Dengan membawa sepanduk dan slogan kata “Kami membantah pembukaan ladang ternakan khin-zir di tanah kami” kehadiran Bung Moktar dianggap dapat membantu menyelesaikan masalah yang me-reka hadapi sejak awal tahun ini.
New Sabah Times yang turut membuat tinjauan ke kawasan penduduk yang mengadakan piket secara aman yang disertai lebih 200 orang di hadapan Bung Mok-tar itu tetap dengan pendirian menolak pembangunan berasaskan “pencemaran yang mengundang kepada bahaya kesihatan.”
Entilibon terletak berhampiran kawasan tadahan air Lembah Ma-liau Basin yang merupakan ka-wasan khazanah paling terindah di dunia sehingga digelar “The Lost World” oleh pengkaji dunia dan Sungai Kinabatangan sebagai ka-wasan Koridor hidupan liar mengharapkan kawasan tanah mereka diami terus dilindungi dari pencerobohan dan ditangani secara telus dan berteloransi.
“Jika tanah yang kami miliki ini digunakan menjadi kawasan la-dang ternakan khinzir, kami akan pertahankan,” kata seorang warga emas, Majin Dalamon, 70.
Akhbar ini telah membuat La-poran buat kali ketiga selepas desakan sama pada Februari lepas oleh penduduk di hadapan jabatan berkaitan, namun sehingga hari ini ladang ternakan itu diteruskan dan membimbangkan rakyat di kawas-an berkenaan.
Untuk rekod, sejumlah 60 juta liter gelen air sehari diperlukan oleh lebih 30 ribu pengguna ber-daftar di daerah Sandakan tidak termasuk pengguna daerah Kina-batangan dan berhampiran Tongod (Entilibon).
Bukan saja mengundang rasa tidak puas hati penduduk di luar bandar ini akan tetapi tindakan membuka ladang seluas 500 ekar di Entilibon bakal mencemari najis dari ladang khinzir Sungai Mosum yang merupakan anak sungai kepada terbesar di Sabah iaitu Sungai Kinabatangan.
“Kami mahu suara kami di dengar kerana kami adalah pengundi kerajaan Barisan Nasional (BN), dan minta perdana menteri ambil perhatian masalah kami di luar bandar ini, ” itulah antara kata-kata yang sering diluahkan oleh pendu-duk Entilibon kepada para pemberita di Entilibon.
Dua masalah iaitu pencemaran sungai dan pengambilan tanah, itulah antara luahan penduduk kepada New Sabah Times ketika mendapatkan reaksi penduduk terhadap isu yang mendapat bantahan penduduk sejak awal Januari lepas.
Begitu juga bagi Golukin Poit, 58, pemilik kebun kelapa sawit seluas 100 ekar yang sudahpun menghasilkan buah dan hasil tanaman sawit sejak sekian lama.
Katanya mereka dimaklumkan bahawa tanah itu adalah tanah mi-lik Jabatan Pertanian dan akan diusahakan sebagai kawasan ternakan khinzir tidak lama lagi dan berdasarkan laporan dari pegawai pertanian di sini, tanah yang sudah diusahakan akan dijadikan sebuah kawasan bangunan dan makmal bagi ladang ternakan itu.
“Saya sangat bimbang dan sering dibelenggu perasaan susah hati kerana bimbang tanah kami ini akan diteroka bila-bila masa sahaja. Sebah itu kami berharap Ahli Parlimen dapat selamatkan nasib kami dan dapat membantu” ka-tanya.
Rata-rata penduduk meluahkan perasaan mereka berhubung status tanah yang membawa kepada isu bantahan secara aman itu dengan meminta kerajaan mengeluarkan tanah mereka dari kawasan penternakan haiwan.
Samun bekas seorang guru yang kini telah bersara berkata tanah yang mereka diami telahpun sebagai perkampungan pada tahun 70an dan setelah sekian lama kini kawasan ini diwartakan sebagai kawasan perladangan pada 2003.
Jarak Entilibon ke jalan utama Sandakan – Telupid hanya kira-kira 25 kilometer merupakan pe-kan yang sedang membangun dan menjadi tumpuan masyarakat dari kawasan pendalaman seperti Kua-mut.

Sunday, August 3, 2008

"Salam Kemerdekaan"


Kepada seluruh warga Malaysia khususnya negeri Sabah sempena pada bulan kemerdekaan ini MercuTanda Bangsa mengucapkan "Salam Kemerdekaan". Apa yang menjadi harapan ialah agar pada bulan kemerdekaan ini diharap kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kemakmuran dan harmoni antara kaum dapat meningkatkan lagi nilai patriotik dikalangan kita. Semaikanlah rasa cinta kita pada agama, bangsa dan negara Malaysia dengan menjenguk kembali sejarah silam yang telah meletakkan kita pada keselesaan hari ini. Hargai jasa pejuang-pejuang terdahulu yang telah berjuang ke titisan darah terakhir dan tidak mungkin dapat kita nilai pengorbanan mereka dengan wang ringgit. Untuk kelangsungan nilai kemerdekaan ini ianya sangat menuntut pengorbanan setiap warga di bumi bertuah ini, kerana pengisian untuk sebuah kemerdekaan tidak semudah yang kita sangkakan.
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
kandari melihat bangsaku dijajah

Tidak ada yang lebih menyedih
kandari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatihasalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan
sayap, menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut
dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan
silam dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996