Berbanggalah dengan barangan kita, kalau tak kita siapa lagi.
Takkan pula nak minta tolong Bush puji buatan kita pula.
MB Terengganu Anggap Isu Mercedes Selesai
Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan isu Mercedes Benz Terengganu selesai. Begitu juga dengan MB Terengganu dan meminta supaya isu tersebut tidak diperbesarkan.
Selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, kesemua 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor yang telah dibeli kerajaan negeri Terengganu tidak boleh digunakan oleh Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan negeri itu.
Perdana Menteri berkata, kereta-kereta itu hanya akan digunakan untuk membawa tetamu-tetamu kerajaan negeri.
Menurut MB Terengganu dan para menteri beranggapan bahawa isu ini sudah selesai. Sebenarnya isu ini tidak akan selesai dipihak rakyat kerana ia adalah satu babak permulaan untuk suatu bentuk pembaziran. Dan rakyat perlu membayar untuk sikap alpa pemimpin supaya bermuzakarah sebelum bertindak.
Kini rakyat perlu menanggung kereta Proton Perdana V6 sedia ada, penyelenggaraan, insuran dan cukai jalan. Begitu juga halnya dengan kereta Mercedes E200, perbelanjaan meningkat untuk menampung kereta-kereta ini.
Rakyat tidak faham kenapa tiada sebarang perbincangan dengan mereka yang layak didalam membuat keputusan. Sebelum ini MB Terengganu beria-ia mempertahankan kebenaran kata-kata beliau tentang kos penyelanggaraan, tetapi akhirnya berhenti sekerat jalan. Apapun keputusannya MB kekal dengan kebesarannya dan rakyat sebagai penerima akibat apa yang mereka buat.
No comments:
Post a Comment