Monday, August 22, 2016

Pembalakan terus berlaku di sekitar Nabawan dan Kalabakan.....



Jabatan Perhutanan Negeri Sabah digesa memberi jawapan kepada rakyat Sabah bahawa semua aktiviti pembalakan yang bergerak aktif terutama di sekitar Nabawan dan Kalabakan adalah sah atau sebaliknya.

Sedih bila kita lihat khazanah alam untuk bekalan anak cucuk dimasa akan datang terus diterokai tanpa ada sebarang tindakan agresif untuk selamatkan hutan kita. Setiap hari beratus-ratus batang kayu balak dikeluarkan dari hutan dengan tidak terkecuali kayu-kayu dibawah ukurlilit 4 round yang tidak dibenarkan turut dibalak.

Kita berusaha mendidik generasi menanam pokok kayu untuk memulihara alam sekitar namun sebaliknya pada masa yang sama kita sendiri membiarkan aktiviti penebangan pokok terus berlaku hingga ke hari ini. (Gambar di atas diambil pada ogos 2016 di Kalabakan)

Sunday, August 21, 2016

Warga Sandakan perlu bersedia membayar caj tempat letak kereta di bandar-bandar Satelit....



Warga Sandakan perlu bersedia untuk membiasakan diri bagi menghadapi situasi bukan biasa bila Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mula menggenakan caj tempat letak kereta di bandar-bandar Satelit dari batu 4 hingga batu 8 sandakan. Kini MPS telah mula membuat persiapan dan bersiap sedia untuk merealisasikan impian mengsengsarakan rakyat menjadi nyata.

Warga Sandakan terutama mereka yang berniaga serta bekerja disekitar bandar-bandar Satelit terpaksa membelanjakan lebih RM100 hanya untuk membayar caj tempat letak kereta setiap bulan nanti.

Keputusan MPS menggenakan caj tempat letak kereta di bandar-bandar Satelit pada keadaan ekonomi yang begitu lemah dan langsung tidak mempertimbangkan kesusahan serta keluhan warga Sandakan adalah sangat tidak wajar.

Friday, August 19, 2016

Salam Bulan Kemerdekaan, Ukir Jalur Gemilang Terbesar Di Malaysia....



Jambatan Canopy Walk Lembah Danum Lahad Datu Sabah.....

Jambatan Canopy Walk Lembah Danum Lahad Datu Sabah 300 meter panjang (985 kaki) dan setinggi 27 meter (90 kaki). titian gantung yang menakjubkan ini adalah salah satu yang terbaik di dunia di mana anda boleh meneroka hutan simpan di Danum, Sabah.



Kawasan tadahan hujan yang luas ini merupakan tempat tinggal bagi badak Sumatera, orang utan, kancil, serta harimau bintang. Terdapat sebanyak 270 spesies burung telah dicatat di kawasan ini.

Pusat Kajian Danum terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 440 km persegi ini.
Info dari Sabah Forestry Department.

Sumber: Sayang Sabah
Photo by: Jollence Lee

Tuesday, August 16, 2016

Simpang tiga Beluran dihiasi kibaran Jalur Gemilang....



Tahniah kepada warga setempat yang cuba menzahirkan semangat patriotik dengan menghias simpang tiga Beluran dengan kibaran jalur gemilang. Usaha seperti ini wajar dipuji dalam meningkatkan nilai patriotik pada setiap seorang daripada kita. Semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negara. Patriotisme mengajar kepada setiap rakyat untuk selalu mencintai tanah air sebagai tempat berpijak, tempat hidup, dan mencari penghidupan.

Friday, August 12, 2016

Bandaraya Kota Kinabalu, malam yang dipenuhi oleh penggemar Pokemon Go......




Malam yang berbeza dari biasa, bila orang awam khususnya remaja keluar beramai-ramai untuk bermain permainan yang sedang meningkat naik hari ini iaitu Pokemon Go di Pusat Bandar Bandaraya Kota Kinabalu Sabah. Apa yang dapat dilihat pengguna setiap hari Pokemon Go sudah melangkaui Twitter dan sudah juga mengalahkan Facebook dari segi kekerapan interaksi social.

Polis melihat Pokemon Go sebagai merbahaya kerana sudah terdapat beberapa kemalangan akibat terlalu asyik bermain Pokemon Go. Setakat ini insiden yang melibatkan Pokemon Go iaitu 2 orang lelaki terjatuh gaung, remaja 15 tahun dilanggar kereta, 2 remaja ditembak kerana menceroboh kawasan persendirian , 3 remaja terjumpa dikawasan loji nuklear.
Jika kita lihat dari sudut kebaikannya (pro) permainan ini sebagai satu permainan yang mengeratkan hubungan keluarga yang mana sebuah keluarg boleha melakukan aktiviti bersama keluar dan beriadah mencari Pokemon Go.



Tapi permainan ini juga harus dikaji sedalam-dalamnya kerana ia turut mengundang beberapa keburukan yang dapat memberi kesan kepada individu. Apabila mereka leka bermain permainan ini dan terlalu fokus mencari Pokemon Go, mereka tidak sedar apa disekelilingnya, bayangkan mereka mudah disamun oleh peragut. Ia amat bahaya. Begitu juga ketika memandu ada juga yang bermain Pokemon Go, ia amat membahayakan boleh mengakibatkan kemalangan.

Wednesday, August 10, 2016

Dear Google.....

Dear google,  you can remove Palestine from the maps but you can't remove it from our hearts.