Monday, August 8, 2016

Pokemon Go merupakan alat musuh bagi menggumpul data pemetaan setiap inci bumi kita....



Pokemon Go bukan macam game lain. ini melibatkan keselamatan negara. belum main dah mintak izin kita nak rakam benda-benda sekeliling kita walau dalam rumah ada guna GPS. masjid kita, kawasan perumahan kita, silap-silap orang main dalam lapangan terbang kem tentera memang bahaya. musuh nak masuk negara kita bukan sehari dua, diorang kaji dulu. sebab tu ada negara bukan Islam pun band game ni. Kita diperbodohkan oleh game ini, game yang merupakan stratigi musuh kita. Lebih-lebih lagi bila ia dicipta oleh Google Maps. Google Maps yang baru-baru ni buang negara Palestin dari peta google.
Pokemon Go ni memang guna GPS dan submit data-data koordinat pada server. Jadi ada potensi data-data ni boleh diguna untuk "menjajah" negara tanpa kita sedar. Macam kereta Google Maps yang lalu depan rumah kamu tu, dia rekod gambar dan koordinat hampir seluruh Malaysia. Cuma beberapa lokasi seperti military base tak dibenarkan masuk. Tapi kalau ada orang main pokemon dalam military base? Kereta Google Maps pun tak masuk dalam rumah kita, tapi kalau kita main Pokemon Go dalam rumah? Dalam bilik? Data tu dah berpotensi untuk dibuat maps yang lebih detail, dengan koordinat GPS dan gambar sebab kamu dah bagi permission untuk app ni guna kamera kamu dan hantar pada server di luar negara. Kita rasa pelik macamana Facebook boleh kenal rupa kita dalam gambar walhal kita tak tag pun kan? Sebab teknologi begitu dah ada! Facebook dah ada data wajah kita. Kali ini kita dengan rela hati tangkap gambar bilik tidur kita berserta koordinat. Banyangkan 1 juta orang participate untuk main Pokemon Go. Lama kelamaan data Pokemon Go akan jadi lebih lengkap untuk memetakan seluruh negara Malaysia, luar dan dalam rumah. Bayangkan: Gambar dalam rumah kita, geotagged, simpan di server luar negara. Rasa tak selamat? Kita sendiri yang bagi kebenaran waktu nak Install.
-Share Untuk Kebaikan

Sunday, August 7, 2016

Hentikan persengketaan yang membawa kecelakaan.....

Seandai tiga serangkai yang berjiwa besar ini dapat kekal semeja dan senyum bersama selamanya necaya tidak terhitung hikmah yang tercurah di bumi bertuah ini.


Malaysia, tanah airku
apakah maju tahun 2020 nanti?
jika menjalar onar perpecahan
andai menyekam bara pertelingkahan
musnah wawasan tidak kesampaian
hancur cita di hujung jalan
perjuangan suci tinggal kenangan

Malaysia, tanah airku
Melayu, bangsa tercintaku
hentikan, hentikan sengketa sesama kita
padamkan, padamkan kesumat dendam membara
bukan orang lain nan menanggung ruginya
bukan orang lain nan merasa pedihnya
kita, kitalah kan rugi segala-galanya
jika iktisad tidak dipeduli
andai tiris amanah diberi
kiranya rasuah merobek, memusnah 
lumpuhlah kuasa, bobroklah maruah



”kalau bangsa melayu tidak menyedari hakikat perjuangan, dalam masa yang tidak lama lagi bangsa melayu akan tenggelam dalam gelombang bangsa yang menumpang”

Thursday, August 4, 2016

Salam Bulan Kemerdekaan



Kibar Jalur Gemilang adalah simbol kebanggaan kita sebagai sebuah negara, maruah dan identiti negara dan ia adalah simbol perpaduan dan kesatuan kita sebagai rakyat Malaysia. Ia juga adalah tanda kesyukuran, penghargaan dan terima kasih kepada negara yang memberi banyak peluang untuk menikmati erti kemerdekaan. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tuesday, August 2, 2016

Hormati simbol keramat Jata Negara kita.....



Jata negara melambangkan kemegahan dan kedaulatan sesebuah negara. Terdapat pelbagai elemen yang ada pada jata negara yang membawa maksud simbolik mempamerkan pelbagai lapisan identiti dari segi agama, perlembagaan, dan sebagainya. Oleh itu, penghormatan terhadap jata negara adalah simbolik kepada penghormatan terhadap sesebuah negara itu sendiri serta prinsip yang didokongnya. Tidak hairanlah ada pihak yang tersinggung bila jata negara diguna untuk tujuan perniagaan, diguna untuk tujuan tarikan bagi skim pinjaman, diguna untuk tujuan seumpama simbol sesebuah koperasi. Bersama kita menghormati lambang keramat ini, sebab kalau bukan kita siapa lagi?

Monday, August 1, 2016

Penduduk Apartmen Taman Sri Gaya Sandakan tarik nafas lega.....





Selepas cerita Penduduk yang menetap di Apartmen Taman Sri Gaya di batu 7 Sandakan khususnya mereka yang berada di blok 5 lorong 8 berkenaan air kumbahan yang melimpah dan mengeluarkan bau busuk tersebar dimedia sosial. Akhirnya kini mereka boleh menarik nafas lega selepas keluhan dan rintihan didengar oleh pihak berkuasa . JKR Sandakan telah mengambil sikap positif dengan melakukan tinjauan dan seterusnya turun padang untuk kerja-kerja baik pulih baru-baru ini. Semoga usaha-usaha ini kekal berterusan untuk memastikan keselesaan penduduk disemua tempat menjadi keutamaan.

PENYERAHAN WATIKAH TAWARAN MEMBINA RUMAH PPRT KEPADA GOLONGAN MARHAEN

31July2016, 8.30 Pagi

Yb. Datuk Haji Samsudin Yahya, Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, merangkap Adun N 43 Sekong, telah menyerahkan Watikah bantuan membina rumah PPRT kepada golongan Marhaen.

Dua buah keluarga, mereka yang telah dikenal pasti menerima bantuan, terdiri daripada En.Lias Bin Utik,  merupakan  seorang nelayan, dan Adik Nur Alfiana Najam bersama tujuh (7) orang adik beradik beliau, adalah anak Yatim Piatu, di Kg.Segliud.

Datuk Samsudin dlm sidang medianya berkata,  adalah menjadi dasar kerajaan   untuk membela kepada kumpulan sasar, melalui pelbagai program bantuan, termasuk menyediakan rumah kediaman (PPR) kepada golongan yg memerlukan, kata beliau.

Hadir sama Pn. Marlinah Mustapha, Naib Ketua Wanita,  En. Imbran Osman, Peg. Pembangunan Luar Bandar MPS, En. Aman Latif, JKR,  En. Zantapha Zainal Abidin,  PPM,  Kelab Bikers Sandakan, Staff UPPM, Ajk Bahagian Batu Sapi.

Sumber: Hussin Nasib