Sunday, September 21, 2008

2,000 Ahli SAPP Dilapor Keluar Parti

2,000 ahli SAPP dilapor keluar parti
Sep 20, 08 3:30pm


Kira-kira 2,000 ahli dari 15 cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) di Tanjung Papat mengumumkan keluar dari parti itu sebagai menyokong pendirian Timbalan Presidennya, Datuk Raymond Tan yang tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi SAPP untuk keluar dari Barisan Nasional (BN), demikian menurut laporan Bernama. Agensi berita nasional itu melaporkan, mereka membuat keputusan itu dalam satu perjumpaan di Sandakan malam tadi dengan Tan yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat. Dengan tindakan itu, SAPP Tanjung Papat kini hanya mempunyai satu cawangan iaitu Slipway di kawasan Bandar Sandakan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan SAPP, Tanjung Papat Poon Kee Yang. Turut keluar SAPP ialah Exco Pemuda merangkap Ketua Pemuda Zon Sandakan, Alex Lim Su Chung dan Exco Wanita, yang juga Ketua Wanita Zon Sandakan Jane Ng Nyuk Jin. Shaiful Bahari Muin yang sebelum ini ialah Ketua SAPP Cawangan Kampung Melayu Bumiputera berkata mereka membuat keputusan keluar parti sebagai tanda menyokong pendirian Tan."Kami sebulat suara menyokong Tan dan bersetuju keluar dari SAPP. Bagi kami Tan adalah pemimpin parti dan wakil rakyat yang memikirkan rakyat dan penyokongnya dalam membuat apa juga keputusan, sudah tentu kami akan menyokongnya," katanya kepada Bernama. Tan yang juga merupakan pengerusi SAPP Zon Sandakan tetapi disebabkan pendiriannya itu termasuk tidak bersetuju dengan cadangan usul tidak percaya SAPP terhadap kepimpinan Perdana Menteri pada 18 Jun lepas, beliau disisihkan dari parti. Jawatan Pengerusi ZON Sandakan kini disandang oleh Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong We Kong. Pada 17 September lalu, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee mengumumkan keputusan parti itu keluar dari BN setelah lebih 13 tahun dalam gabungan tersebut, dengan alasan BN telah hilang "Semangat BNnya".Pada 18 Jun, SAPP mencadangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Guru Dinasihat Jangan Bincang Soal Politik Di Sekolah

Guru dinasihat jangan bincang soal politik di sekolah
Sep 20, 08 3:44pm

Kementerian Pelajaran menasihatkan guru supaya tidak membincangkan isu semasa politik di sekolah kerana dikhuatiri ia akan mengganggu tugas sebenar mereka. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail berkata kementerian tidak mahu guru menjadi seolah-olah penganalisis politik dan mereka sepatutnya menumpukan sepenuhnya kepada tugas mendidik. "Beban kerja guru sudah cukup berat. Kita tidak mahu guru kita terganggu atau terpesong dengan apa yang berlaku dalam keadaan politik sekarang. "Jadi, saya tidak mahu mereka membincangkan isu politik di kawasan sekolah terutama di kantin," katanya selepas menghadiri mesyuarat Permuafakatan Pengurusan Pendidikan, di sini hari ini. Razali berkata dengan peruntukan yang besar daripada kerajaan iaitu sejumlah RM31 bilion menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), guru sewajarnya sedar tugas mereka adalah memastikan transformasi murid dalam bidang akademik, kurikulum dan sahsiah benar-benar dapat dijayakan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan kementerian, demikian menurut Bernama. Bagaimanapun, katanya setakat ini kementerian belum menerima sebarang laporan mengenai kegiatan tersebut dan menegaskan seramai 360,000 guru di seluruh negara boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melanggar etika kerja.Sementara itu, Razali berkata bagi memastikan guru tidak terus dibebani dengan tugasan di luar tugas hakiki mereka, kementerian kini menetapkan nisbah 17 guru bagi 10 kelas berbanding 15 guru sebelum ini. Beliau berkata bagi tujuan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan pengambilan 9,000 staf sokongan di sekolah supaya guru tidak lagi dibebani dengan kerja perkeranian atau tugasan di makmal sekolah.Mengenai tragedi pelajar perempuan, Lai Ying Xin, 16, yang mati dibunuh selepas diculik, di Kulaijaya dekat sini, Selasa lepas, Razali berkata Jemaah Nazir sudah diarah untuk membuat pemantauan kejadian itu."Tidak banyak apa yang boleh dilakukan oleh kita kerana kejadian ini berlaku di luar sekolah...kita sudah membuat sesi kaunseling kepada keluarga mangsa," katanya.

Friday, September 19, 2008

Terkini: 42 Kerusi Tambahan Buat Anwar

Terkini: 42 Kerusi Tambahan..!
Terkini : Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya memperolehi 42 kerusi tambahan.

18 kerusi dari IKEA,

14 kerusi dari Courts Mammoth

10 kerusi dari Fella Design

BAYAR SECARA ANSURAN TANPA DEPOSIT 'O'

Isu Masjid Kinrara

Pertengahan Februari lalu, 189 penduduk bukan Islam di kawasan berkenaan mengemukakan petisyen meminta masjid berkenaan memperlahankan pembesar suara dalam ceramah, kuliah dan bacaan al-Quran daripada kaset dan CD. Kenapa? Malaysia sebagai sebuah negara Islam dipersoalkan tentang cara aktiviti-aktiviti keagamaan yang dijalankan ditempat-tempat ibadat. Adakah menjadi kesukaran dalam hidup mereka 189 penduduk bukan islam ini untuk bertolak ansur dalam hal-hal sedemikian. Sebagaimana masyarakat Islam dikebanyakan tempat diserata Malaysia cuba sesuaikan diri dengan terpaksa untuk menghidu bau najis kandang-kandang babi yang terdapat disekitar tempat kediaman mereka. Bau yang meloya dan menjijikkan terpaksa dihidu hampir sepanjang masa walaupun babi tidak memberi faedah langsung kepada masyarakat Islam. MTB bimbang jika suatu masa nanti Malaysia terpaksa memohon permit untuk beribadat di bumi sendiri.

Ahli MT Desak PM Jangan Bertanding

Ahli MT desak PM jangan bertanding...
Muda Mohd Noor Sep 19, 08 1:05pm


Beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya jangan bertanding jawatan presiden Disember ini.
Mereka membuat desakan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam, kerana bimbangkan Abdullah tidak akan mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatan presiden.
Ini bermakna, Abdullah perlu meletakkan jawatan perdana menteri lebih awal daripada 2010.
Difahamkan, mereka mahu Abdullah meletak jawatan sebelum 9 Oktober ini - tarikh bermulanya mesyuarat bahagian yang akan berlangsung selama sebulan sehingga 9 November.
Seramai 193 bahagian Umno akan membuat pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden serta kerusi MT untuk bertanding dalam pemilihan parti Disember depan.
Abdullah memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian untuk layak bertanding jawatan presiden. Sebelum ini beliau memegang jawatan presiden tanpa bertanding.
Menurut sumber-sumber yang layak dipercayai, desakan tersebut dibuat oleh sekurang-kurang tiga ahli MT ketika bercakap mengenai pergolakan dalam Umno sekarang.Manakala dua lagi ahli MT difahamkan telah meminta Abdullah meletak jawatan selewat-lewatnya semasa perhimpunan agung tersebut.
Difahamkan ahli-ahli MT yang lain juga mahu menyuara pandangan mereka tetapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencelah dan berkata beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Abdullah.Abdullah kemudiannya berkata, beliau juga akan membincangkan perkara yang sama dengan Najib selepas ini.
Antara yang membangkitkan perkara tersebut termasuk ahli MT yang terdiri daripada menteri kabinet.

Dr M: Pak Lah Tak Mampu Urus Kewangan

Dr M: Pak Lah tak mampu urus kewangan
Sep 19, 08 12:19am


Pertukaran portfolio antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, merupakan satu pengakuan yang Abdullah tidak boleh menguruskan Kementerian Kewangan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad."Tetapi sebenarnya tak ada apa-apa kerana selama ini pun ia diuruskan oleh (Menteri Kewangan 11), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop," katanya.
Semalam, Abdullah mengumumkan Najib mengambil alih jawatan menteri kewangan manakala beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan.
Namun begitu, kata Dr Mahathir, negara akan menghadapi saat kritikal dalam ekonominya ekoran apa yang berlaku di Amerika Syarikat, terutama kes muflis Lehman Brothers dan langkah menyelamatkan syarikat insurans AIG membabitkan AS$85 bilion.
Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, beliau mengingatkan bahawa Najib akan dipersalahkan jika beliau tidak menguruskan ekonomi dengan baik.Ditanya sama ada pertukaran portfolio itu akan mengurangkan sebahagian tekanan terhadap Abdullah dalam Umno, Dr Mahathir menjawab secara sinis."Saya tak rasa beliau merasa apa-apa tekanan pun," kata mantan timbalan perdana menteri itu.
Mengenai penahanan ISA, mantan Perdana Menter itu berpendapat penulis blog Raja Petra Kamarudin dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak harus ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka tidak melakukan ketegangan.Beliau berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.Beliau mendakwa keadaan sekarang tidak begitu tegang jika dibandingkan pada 1987 yang menyaksikan 106 ahli politik ditahan dalam Operasi Lalang.Teresa dan Raja Petra ditahan pada 12 September lalu. Turut ditahan ialah wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, tetapi beliau dibebasan pada hari berikutnya.Teresa ditahan untuk siasatan berhubung tuduhan melarang laungan azan di dua masjid, penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).Manakala Raja Petra pula ditahan ekoran kenyataannya dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau hanya akan kembali menyertai Umno pada suatu masa yang tepat.

Teresa Kok Dibebaskan

ISA: Teresa Kok dibebaskan
Sep 19, 08 1:19pm


Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu.Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang. Beliau berada di balai polis berkenaan selama 40 minit untuk proses urusan pembebasan sebelum keluar bersama ibu bapanya (foto kiri), peguamnya Sankara Nair dan pembantunya Mandy Ooi.DAP memaklumkan satu sidang media berhubung pembebasan itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Petaling Jaya jam 3.30 petang.Exco kanan kerajaan Selangor itu ditahan bawah ISA menjelang tengah malam Jumaat lepas.