Monday, July 7, 2008

Penonton Mengamuk Penyanyi Tunjuk Punggung

Penonton 'mengamuk' penyanyi tunjuk punggung
Abdul Rahim Sabri & JImadie Shah Othman Jul 6, 08 7:58pm


Penonton di Stadium Kelana Jaya bertindak membaling botol air ke arah pentas kerana membantah tindakan penyanyi kumpulan Carburator Dung menunjukkan punggung ke arah mereka.Peristiwa berlaku ketika penyanyi tersebut menyampaikan lagu terakhir bertajuk Jilat. Selain beberapa kali menunjukkan punggung, penyanyi itu turut menarik-narik seluar dalamnya.Penonton yang marah dengan tindak tanduk penyanyi tersebut bertindak membaling botol ke arahnya.Malah, ada penonton yang kelihatan menyerbu ke arah penyanyi tersebut dan terpaksa ditenangkan oleh anggota Skuad AMK.Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 7 malam di hujung persembahan mereka.Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi - sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu - Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya - yang berunsur satira politik.Seramai kira-kira 2,000 penontoh hadir menyaksikan persembahan mereka.Penulis Hishammuddin Rais kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab di atas yang berlaku.Beliau juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik.Hishammuddin juga kelihatan terlalu sedih dan mengalirkan air mata.


Sangat berharap agar penganjuran seperti itu dihentikan terus di Malaysia ini, sebab tiada sedikit pun akan menyumbang kepada pembangunan bangsa. Sepatutnya banyak pihak yang sedar akan situasi ini, masa 7 malam sepatutnya kita nak bersiap untuk solat magrib. Tetapi perkara ini berlaku disebaliknya khususnya kepada penonton yang seramai kira-kira 2000 orang, tertanggungkah dosa itu oleh pihak penganjur kerana membawa sikap leka dan alpa. Kepada Hishammuddin Rais, apakah tindakan dan kesanggupan untuk bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Sangat mudah untuk untuk berkata "bertanggungjawab di atas apa yang berlaku" walaupun kita adalah penganjur kerosakan untuk bangsa dan agama sendiri........


INI ADALAH PETUNJUK BAHAWA ALLAH TIDAK MERESTUI CARA KITA MENYELESAIKAN MASALAH SEPERTI INI..........

Saturday, July 5, 2008

Boikot Produk Amerika!!!

BOIKOT PRODUK AMERIKA
DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA
KERANA DASARNYA YANG SUKA CAMPUR TANGAN
DAN SUKA MENGHANCURKAN UMAT DAN BUMI ISLAM.

JANGAN MAKAN!!!


JANGAN MINUM!!!

KERANA KITA AKAN MENOLONG MEREKA

MEMUSNAHKAN ISLAM.....

Friday, July 4, 2008

Memang Bala...........

Riak wajah mencerita kan segala gala nya .....
Imej di bawah adalah pada Hari pertama, ketika Akuan Sumpah bersama Anwar Ibrahim,




Hari ke 2, Akuan bersumpah bersama peguam, menolak akuan pertama ....

Korang nilai kan lah ..... Hanya Bala dan mereka mereka yang tertentu yang tahu apa masalah yang di hadapi ketika itu. Politik malaysia sudah di tahap kritikal.

Adalah lebih baik untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka yang membuat akuan bersumpah palsu, kerana ini akan dijadikan contoh dengan lebih ramai yang tampil untuk memperlekehkan akuan bersumpah itu.

Thursday, July 3, 2008

Wajah Pemimpin Yang Dirindui........


SEMOGA ADA PENGGANTI UNTUK WAJAH INI.

Kontrak Sosial

KONTRAK SOSIAL
Tun Dr. Mahathir Mohamad

1. Banyak yang diperkatakan berkenaan Kontrak Sosial di Malaysia2. Mungkin ada baiknya kita cuba faham akan konsep ini sebelum kita berbahas dengan lebih lanjut.

3. Jika kita kaji asal usul kontrak sosial kita akan dapati bahawa ianya adalah satu konsep bangsa Eropah yang diketengahkan para falsafah Eropah. Yang termasyhur adalah Socrates, ahli falsafah berbangsa Greek yang telah dipenjarakan dan disabitkan hukuman bunuh.

4. Beliau enggan lari dan berhijrah ke bandar Greek yang lain kerana beliau percaya bahawa ia terikat dengan kontrak sosial untuk hidup berlandaskan undang-undang Athens di mana dianya dilahir dan dibesarkan dan mendapat manfaat daripada undang-undang tersebut.

5. Sebelum adanya kontrak sosial ini, manusia dikatakan hidup di dalam Keadaan Semulajadi, dimana tidak ada undang-undang untuk mentadbir perhubungan antara individu dalam masyarakat primitif yang kecil. Yang ada hanyalah undang-undang "belantara" dimana yang kuat selalunya benar.

6. Apabila masyarakat berkembang terdapat keperluan undang-undang bagi mentadbir perilaku sesuatu masyarakat. Setiap warganegara komited terhadap perlunya hormat dan akur pada undang-undang. Pemahaman ini merupakan kontrak sosial walaupun tidak terdapat apa-apa pengakuan untuk hormat dan akur terhadap undang-undang secara lisan mahupun bertulis. Ini pandangan Socrates. Para falsafah selepasnya memperluaskan konsep ini tetapi tidak pernah ada keperluan untuk kontrak secara formal.

7. Bangsa Greek dikatakan mengamalkan bentuk Kerajaan demokratik. Tetapi rakyat yang behak menyertai Kerajaan dihadkan kepada lelaki dewasa yang waras. Wanita, kanak-kanak, hamba abdi, tahanan, penjenayah dan warga asing tidak diberi hak sebagai warganegara dan tidak boleh memain peranan dalam kerajaan.

8. Sebahagian besar tamadun Eropah berasas kepada tamadun Greek. Tetapi apabila masyarakat berkembang besar adalah mustahil untuk mereka membuat penyertaan secara langsung didalam Kerajaan.

9. Pada satu peringkat, demokrasi ditolak dan sistem feudal diterima di mana raja memerintah dengan penuh hak ketuhanan. Ini merupakan bentuk Kerajaan yang terdapat di Asia. Bagaimanapun, ketaatan rakyat kepada Raja juga merupaka satu bentuk kontrak sosial.

10. Kemudian feudalisme digantikan dengan sistem republik iaitu mengembalikan kepada rakyat kuasa Kerajaan.

11. Pelbagai bentuk republik telah wujud, setiap satunya dengan undang-undang dan peraturannya tersendiri berkenaan kerajaan Negara tersebut. Walau apa pun bentuknya, undang-undang dan peraturan-peraturan, setiap warganegara terikat dengannya. Tidak ada kontrak bertulis tetapi bagi orang asing yang menerima hak warganegara, pada lazimnya akan ada perakuan formal untuk menturuti sistem dan undang-undang Kerajaan Negara itu.

12. Selepas menjadi warganegara, anak mereka akan secara automatik dianggap sebagai warganegara dan sebagai warganegara mereka tidak perlu bersumpah kesetiaan kepada Negara berkenaan secara formal. Hak ini adalah melalui jus sanguinis, iaitu melalui pertalian darah.

13. Kewarganegaraan juga boleh diperolehi dengan cara dilahirkan didalam Negara itu atau jus soli. Ini boleh disediakan oleh undang-undang Negara itu.

14. Samada kewarganegaraan diperolehi melalui jus sanguinis atau jus soli, kontrak sosial masih diguna pakai walaupun tiada pengakuan sumpah secara formal.

15. Yang jelas, kontrak sosial adalah kefahaman secara umum seseorang warganegara untuk menghormati dan akur kepada undang-undang dan institusi sesebuah negara. Kontrak Sosial ini tidak terhad kepada mengurus perhubungannya dengan negara, Kerajaan dan institusi, tetapi juga perhubungannya dengan rakan senegaranya yang lain.

16. Saya akan menulis berkenaan kontrak sosial dan kesannya terhadap Malaysia selepas menerima komen terhadap rencana saya yang ini.

Pemuda Sokong Forum Kontrak Sosial

Pemuda sokong forum kontrak sosial
Jul 2, 08 8:40pm


Pemuda MCA menyokong penuh dan mengucap tahniah kepada Majlis Peguam kerana menganjurkan dengan jayanya forum kontrak sosial hujung minggu lalu. "Forum rasional seumpama itu memberikan maklumat dengan objektif untuk menerangkan sejelas-jelasnya kandungan dan semua mengenai perkara itu seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan," kata pengerusi Biro Undang-undangnya, Gan Ping Sieu.Beliau juga berkongsi pandangan bahawa "semua rakyat Malaysia berpengetahuan dan cukup matang untuk membincangkan secara terbuka sebarang perkara berkaitan dengan perlembagaan"."Sesiapa yang mahu menghalang atau membantah forum seumpama itu sebenarnya bertindak bertentangan dengan kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sehubungan itu, Gan berkata, biro tersebut kecewa dengan kenyataan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang ingin mengambil tindakan terhadap Majlis Peguam sebagai penganjur forum tersebut pada 28 Jun lalu.Gan mengulas kenyataan Syed Hamid itu di akhbar kelmarin."Syed Hamid juga dilaporkan berkata bahawa polis boleh memulakan siasatan jika aduan mengenai hasutan dibuat terhadap Majlis Peguam," katanya.
Ketuanan MelayuGan berkata, kedudukan istimewa orang Melayu jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa "membincangkan proses mendraf perlembagaan, termasuk latar belakang sejarahnya, dan sebab-sebabnya, tidak harus ditafsirkan sebagai mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu"."Rakyat dinasihatkan supaya memahami dengan jelas kandungan Artikel 153," tambahnya.Gan menegaskan, Artikel 153 mesti dibaca bersama dengan Artikel 153 (7) "Tiada apa-apa dalam Perkara ini boleh berkuatkuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak" dan Perkara 153 (8) yang berbunyi "tiada undang-undang sedemikian... melucut atau memberi kuasa melucut apa-apa hak...".Menurut Gan lagi, apabila sesebuah pertubuhan atau badan mengadakan forum untuk membincang Perlembagaan Persekutuan dan ikhlas dalam perbincangan itu yang dibuat secara objektif dan rasional serta tidak memutarbelitkan fakta, maka forum seumpama itu mesti diterima oleh setiap orang.Berhubung kenyataan-kenyataan yang mengkritik forum tersebut seperti dilaporkan media, beliau berkata, ia bukan sahaja menunjukkan kurangnya semangat bertolak-ansur, tetapi ia juga tidak membantu negara mencapai matlamat keharmonian kaum."Ia juga tidak menghormati perbincangan rasional dalam kalangan ahli akademik dan masyarakat perundangan dan juga gagal mendidik masyakarat," katanya.Katanya, dakwaan bahawa forum kontrak sosial itu seperti mahu mengetepikan ketuanan Melayu menunjukan bahawa mereka kurang yakin dan tidak faham sepenuhnya matlamat ia diadakan.

Najib Dituduh Bersama Altantuya



Najib dituduh bersama Altantuya
Jul 3, 08 12:40pm

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu, yang dibunuh di sebuah kawasan terpencil di hutan Puncak Alam - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda.Dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyiasat itu memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara mangsa bunuh dengan pemimpin negara itu.P Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaun berkanunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu rakan rapatnya, Abdul Razak Baginda bahawa Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hasaan akan "menguruskan" kes bunuh yang membabitkan Abdul Razak.Dan beliau turut mendedahkan bahawa bahagian yang mengaitkan Najib dalam kes tersebut, telah dibuang oleh pihak polis dari kenyataan beramarannya, untuk melindunginya.Hantar SMSBalasubramaniam adalah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya, yang datang ke Malaysia pada tahun 2000 untuk menyelesaikan beberapa isu dengan Abdul Razak.Tidak lama selepas itu, Altantuya ditemui terbunuh di sebuah kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor.Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam berkata, beliau diberitahu oleh Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari dia ditahan berhubung pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan dari Najib yang menyatakan beliau telah bercakap dengan KPN.Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa perkara itu akan diuruskan oleh KPN.Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberiahu semua itu kepada pihak polis ketika mereka mengambil kenyataannya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.Laporan polisBalasubramaniam juga memberitahu sidang media tersebut bahawa beliau membangkitkan isu itu sekarang kerana kecewa dengan pihak pendakwaan - yang telah menutup kes pendakwaan terhadap dua anggota polis dan Abdul Razak yang dituduh membunuh Altantuya - kerana tidak berbuat apa-apa untuk mengemukakan keterangannya mengenai Najib.Katanya, beliau tidak ditanya langsung mengenai perkara itu apabila memberi keterangan di mahkamah. Beliau merupakan saksi pertama pihak pendakwa.Anwar berkata, ini membuktikan bahawa pihak polis dan pihak pendakwa, terutama KPN Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, telah menyembungikan maklumat yang relevan dengan kes tersebut dan ketua umum PKR itu bimbang bahawa mereka akan melakukan perkara yang sama dalam siasatan kes liwat terhadapnya sekarang, ekoran dakwaan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.Anwar juga telah membuat laporan polis terhadap Musa dan Gani Isnin lalu yang didakwanya mereka-reka bukti dalam perbicaraannya 10 tahun yang lalu.Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan sebarang kaitan dengannya.