Sunday, September 18, 2016

Berniaga bukan sebab nak kaya, tetapi sebab tarbiyyah tentang kehidupan......



“ Belon! Belon!! 2 ringgit! 2 ringgit!! “ ayat inilah yang akan kita dengar setiap malam di Pasar Malam Kim Fung Sandakan yang dilaungkan oleh adik kecil yang berjiwa usahawan dan bersemangat waja dalam berdikari…TAHNIAH!!

Berniaga bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam bentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. 

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa kita dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yang berniaga.

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.

Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal. Sekiranya berniaga untuk kaya, maka itu adalah kesilapan pertama.Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama. Sebaik baik umat nabi saw adalah yang memberi manfaat pada mukmin yang lain.