Monday, August 29, 2016

Meredah sungai sambil mengusung jenazah di kampung Letingi, Kota Belud......



Masyarakat marhaen dari kampung Letingi, Kota Belud yang terpaksa meredah sungai sambil mengusung jenazah. Bukan tiada jambatan, tapi jambatan yang ada hanya sebuah jambatan gantung yang sudah uzur dan usang. Masyarakat kampung bimbang jika mereka gunakan jambatan gantung yang sedia ada itu bakal mengundang berlaku perkara buruk yang tidak diingini. Oleh itu mereka tiada pilihan selain dari turun dan meredah sungai untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan terdekat. Semoga mereka mendapat pembelaan untuk terus bersyukur atas nikmat kemerdekaan.
 Jambatan gantung yang ada...

Wednesday, August 24, 2016

Bekalan gula di Sandakan terjejas sejak dua minggu lalu.....




Bekalan gula di Sandakan mula terjejas sejak dua minggu yang lalu, minggu ini di dapati gula habis di pasaran terutama di kedai-kedai borong utama dan kedai runcit dipusat bandar. Pengguna dan peniaga menggeluh dengan situasi ini, mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan gula untuk keperluan harian dan untuk perniagaan. 

Seorang peniaga restoran berkata untuk minggu lalu dia masih boleh dapatkan bekalan gula dalam lima kilo sehari untuk kegunaan perniagaan restorannya. Tapi kali ini tiada langsung gula diperolehi dan beliau sendiri tidak tahu dimana hendak dapatkan bekalan gula. Menurut cerita pekerja restoran berkenaan, mereka ada nampak beberapa peniaga yang cuba untuk menyorok gula daripada dijual kepada orang ramai. Mungkin untuk tujuan menaikkan harga gula dipasaran terutama bila sambutan hari raya aidiladha dah semakin dekat. 

Kita berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK dapat memantau perkara ini dan berharap ianya tidak berlarutan serta memastikan tiada kegiatan menyorok bekalan ini dilakukan.

Monday, August 22, 2016

Pembalakan terus berlaku di sekitar Nabawan dan Kalabakan.....



Jabatan Perhutanan Negeri Sabah digesa memberi jawapan kepada rakyat Sabah bahawa semua aktiviti pembalakan yang bergerak aktif terutama di sekitar Nabawan dan Kalabakan adalah sah atau sebaliknya.

Sedih bila kita lihat khazanah alam untuk bekalan anak cucuk dimasa akan datang terus diterokai tanpa ada sebarang tindakan agresif untuk selamatkan hutan kita. Setiap hari beratus-ratus batang kayu balak dikeluarkan dari hutan dengan tidak terkecuali kayu-kayu dibawah ukurlilit 4 round yang tidak dibenarkan turut dibalak.

Kita berusaha mendidik generasi menanam pokok kayu untuk memulihara alam sekitar namun sebaliknya pada masa yang sama kita sendiri membiarkan aktiviti penebangan pokok terus berlaku hingga ke hari ini. (Gambar di atas diambil pada ogos 2016 di Kalabakan)

Sunday, August 21, 2016

Warga Sandakan perlu bersedia membayar caj tempat letak kereta di bandar-bandar Satelit....



Warga Sandakan perlu bersedia untuk membiasakan diri bagi menghadapi situasi bukan biasa bila Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mula menggenakan caj tempat letak kereta di bandar-bandar Satelit dari batu 4 hingga batu 8 sandakan. Kini MPS telah mula membuat persiapan dan bersiap sedia untuk merealisasikan impian mengsengsarakan rakyat menjadi nyata.

Warga Sandakan terutama mereka yang berniaga serta bekerja disekitar bandar-bandar Satelit terpaksa membelanjakan lebih RM100 hanya untuk membayar caj tempat letak kereta setiap bulan nanti.

Keputusan MPS menggenakan caj tempat letak kereta di bandar-bandar Satelit pada keadaan ekonomi yang begitu lemah dan langsung tidak mempertimbangkan kesusahan serta keluhan warga Sandakan adalah sangat tidak wajar.