Saturday, March 7, 2009

PPSMI Kenapa Begini!



PPSMI kenapa begini!
MTB juga tidak bersetuju dengan PPSMI, tetapi tidaklah menjadi harapan untuk terjadinya tragedi-tradegi seperti ini. Kalaulah semua masalah dan isu agama, bangsa dan negara boleh diselesaikan cuma di atas jalan raya maka semua perkara akan menjadi mudah. Memang untuk mendapat kata sepakat melalui perbincangan adalah sesuatu yang menyakitkan, tetapi itu adalah langkah terbaik untuk kita lakukan dan terpaksa kita lakukan. Namun percayalah kita sebenarnya sedang menunjukkan jalan dan cara kepada anak-anak kita bahawa tidak ada lagi ruang untuk sepakat kecuali di atas jalan raya dan masjid sebagai perisai kita. Rakyat dewasa negara ini kini bukanlah menjadi rakyat yang matang dan mereka mudah dihantui dengan emosi mereka. Apa pun ceritanya bahawa semua cerita-cerita ini sebenarnya ada dalang disebalik semua cerita ini. Dalang-dalang itu kini sedang sembunyikan tangan dan seronok melihat cerita yang mereka cipta. Namun daripada apa yang tersurat dan tersirat bahawa perjuangan PPSMI sebenarnya bukan kerana bahasa tetapi semuanya kerana kuasa..........