Monday, January 5, 2009

Sk Sri Tanjung Papat 2 Sandakan


Sempena berpindah ke bangunan baru, lencana sekolah juga kini
berwajah baru.

Inilah kelas dan pelajar saya, tahun 6 bijak. Hari pertama persekolahan
tetapi meja tulis tak sampai-sampai lagi...
Hari pertama persekolahan biasanya akan dipenuhi dengan
aktiviti menyemak dan meneliti jadual kelas dan
jadual persendirian.





3 comments:

ALI XY said...

Assalammualaikum w.b.t

Cikgu, saya sebenarnya terkejut apabila mendengar Sk Sri Tanjung Papat 2 berpindah ke bangunan yang sebelum ini pernah digunakan oleh SMK Datuk Pengiran Galpam.

Saya selaku alumni Sk Sri tanjung Papat 2 dan abang kepada seorang adik saya (Mohd Azlan bin Hashim)merasakan perkara ini sepatutnya tidak wajar.

Ini cuma pandangan saya sahaja.

pertama.

Antara sebab mengapa SMK Datuk Pengiran Galpam berpindah adalah kerana faktor keselamatan para pelajarnya. Bangunan sekolah tersebut berada di pinggir laut. Keadaan ini menyebabkan tiada pagar khas yang boleh dibina untuk memisahkan murid sekolah dengan orang luar.

Kedua

Bangunan ini juga tidak mempunyai tapak yang sesuai untuk meletakkan kereta atau kenderaan lain baik untuk pelawat mahupun guru-guru sendiri. Keselamatan para murid juga terancam dek kerana tiada lorong khas yang boleh digunakan oleh mereka untuk balik kerumah masing-masing. Perlu diingat, ada segelintir murid yang balik berjalan kaki kerumah mereka.

Ketiga

Faktor jarak rumah murid dengan sekolah. Sepatutnya perlulah difahami, antara ciri-ciri penubuhan sesebuah sekolah adalah untuk memenuhi tuntutan pendidikan murid-murid dikawasan berhampiran. Namun demikian, Dalam kes sekolah, kedudukannya amat tidak strategik iaitu berada pada kedudukan diantara Taman Grandview dan Kawasan perumahan Cina (Rumah Murah).

Terima kasih

ALI XY said...

Rindu dengan lencana lama...

Lencana lama adalah yang terbaik... Meninggalkan nilai-nilai memori dan sejarah untuk pelajar-pelajarnya..

Selalunya lencana akan ditukar jika nama sekolah ditukar, sebab untuk memenuhi tema nama baru tersebut...

Tapi kalau sekadar lokasi, adalah tidak wajar.

cipuding said...

wah...rndu nyer...saya bkas dak skola tg papt 2,,,da lme x balik sabah,,rndu sgt..